in

[VIDEO] Terlalu Menghayati Tengok Upin & Ipin, Budak Menangis Sebab Sedih Ehsan Pindah

Ehsan Pindah Budak Menangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Populariti siri animasi Upin & Ipin dalam kalangan kanak-kanak tidak dapat disangkal lagi.


Selain perwatakan yang comel dan mencuit hati, cerita yang mengisahkan tentang keluarga dan rakan-rakan ini sedikit sebanyak ada perkaitan dengan kehidupan sebenar.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil begitu menghayati sehingga mengalirkan air mata ketika menonton siri animasi Upin & Ipin.

@badlinaiziyani

Sorry, too funny to handle! My anak bujang is so into sad scene for his favorite drama ???. p/s: of course, we as parents acknowledge and value our kid’s emotion. This is for fun and chill video only coz it’s so random first time dia nangis tengok favorite drama dia dari umur few months lagi hehehe #ghufran #anakteruna #fyp #funny #3yearsoldtoddler #upinipin

♬ original sound – badlinaiziyani

Menerusi video tersebut, ibu kepada kanak-kanak itu merakam gelagat anaknya yang menangis ketika menonton salah satu episod Upin & Ipin di televisyen.

Rupa-rupanya, episod yang ditayangkan itu memaparkan babak Ehsan pindah rumah dan berpisah dengan rakan-rakannya.

“Kami yang dah besar pun sedih dik”

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan berasa terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu dan turut mengakui pernah berdepan situasi yang sama ketika menonton babak itu.

Namun, apa yang melucukan untuk semua penonton bagi episod ini kerana Ehsan hanyalah berpindah rumah di sekitar kawasan kampung itu sahaja.

Screenshot 20230222 111748

Pada masa yang sama, netizen juga memuji pihak produksi yang berjaya membuat penonton emosi dengan babak sebegitu.

Rasanya ramai juga yang menangis babak Ehsan ni kan?

Baca: “Saya kena tipulah” – Netizen Terhibur Lihat YDP Agong, Kena Prank Dengan Lelaki Rambut Naruto

Agong Geli Hati Rambut Naruto

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.