in

Atlet Paralimpik M’sia Bengang, Syarikat Penerbangan Popular Tak Bagi ‘Travel’ Tanpa Peneman?

Atlit Paralimpik Travel Sorang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kelainan upaya (OKU) sering melalui cabaran kehidupan yang lebih sukar daripada orang lain. Ini mungkin kerana spekulasi masyarakat yang berasa mereka ini lain dan kurang keupayaan.

Baru-baru ini, Daniel Lee, seorang atlet paralimpik Malaysia yang menghidap penyakit tulang rapuh (Osteogenesis Imperfecta) telah berkongsi pengalaman buruknya melalui akaun Instagram, apabila dia tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat tanpa peneman.


Perkara ini terjadi sewaktu penerbangan pulang dari Cairo, Daniel telah berjumpa dengan pengurus syarikat penerbangan tersebut untuk meminta kerusi roda yang disediakan di dalam cabin pesawat.

Screenshot 2022 10 12 120525

Namun, pengurus tersebut telah menerangkan tentang polisi syarikat berkenaan, yang Daniel memerlukan seorang ‘travel companion’ untuk membantunya semasa berada di dalam pesawat.

Screenshot 2022 10 12 113628

Menurut Daniel, pengurus tersebut telah bertanya jika dia boleh berjalan dengan sendirinya.

“OKU yang memerlukan kerusi roda di dalam pesawat perlu mempunyai peneman sepanjang perjalanan,” kata pengurus tersebut.

Daniel kemudian menerangkan yang dia datang ke Mesir seorang diri dan tidak logik untuk dia pulang bersama seorang peneman.

Dalam situasi yang agak tegang, Daniel bertanya kepada pengurus tersebut jika OKU lain juga tidak dibenarkan untuk ‘travel’ bersendirian?

Bukan semua! seseorang yang kurang keupayaan mendengar dibenarkan,” jawab pengurus itu.

Setelah beberapa minit bertekak bersama pengurus tersebut, Daniel kemudian berkata dia sanggup meninggalkan kerusi rodanya asalkan dia dapat menaiki pesawat tersebut. Dia akhirnya dibenarkan untuk menaiki kapal terbang itu hanya beberapa minit sebelum pintu gerbang ditutup.

Daniel berkongsi pengalaman buruknya itu terhadap polisi penerbangan yang tidak logik buat mereka yang kelainan upaya.

Anda boleh baca selanjutnya di sini.

“Pelik sebab mereka dibenarkan membantu saya jika saya berjalan (walaupun susah), tetapi tidak dibenarkan jika saya berkerusi roda. Mereka juga tidak akan beri saya kerusi roda walaupun saya boleh menolak diri sendiri dan saya juga tidak dibenarkan untuk merangkak.”

Ini sememangnya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh Daniel. Admin rasa tahap kesedaran terhadap mereka yang kelainan upaya ini harus kita pertingkat dalam masyarakat setempat.

Baca : “Dalam fasa akhir” – Malaysia Bakal Ada Penerbangan Tambang Murah Baharu

Myairline Penerbangan Murah 728X383 1

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.