in

“Dalam fasa akhir” – Malaysia Bakal Ada Penerbangan Tambang Murah Baharu

Myairline Penerbangan Murah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah penerbangan tambang murah bakal beroperasi di negara ini selepas menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) minggu lalu.


MYAirline difahamkan dalam persediaan fasa akhir dan bakal memulakan operasi pada suku terakhir 2022 dan menurut laporan MalaysiaNow, syarikat berkenaan bakal memulakan operasi dengan 3 unit pesawat jenis Airbus A320-200 dan menawarkan penerbangan domestik.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo berkata, idea untuk menawarkan penerbangan tambang murah tersebut disebabkan permintaannya yang tinggi dan sangat memberangsangkan di rantau ini.

“Kami menerima AOC pada minggu lepas, ianya akan berkuatkuasa bulan hadapan” – Rayner Teo

Tambah Teo lagi, mendapatkan AOC berkenaan adalah salah satu perkara dalam fasa akhir penerbangan tersebut sebelum ianya beroperasi secara rasmi.

Syarikat yang ditubuhkan pada 28 Oktober tahun 2020 mempunyai pelan yang berani tatkala ketika itu, negara sedang bergelut dengan penularan wabak Covid-19 dan hari ini menyaksikan bahawa permintaan penerbangan sangat tinggi dan idea untuk mewujudkan sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah mungkin menjadi.

Difahamkan, penerbangan ini akan memfokuskan laluan domestik buat masa sekarang dan akan melebarkan sayap untuk terbang ke pasaran antarabangsa.

298546989 185033880651371 6508009888437941025 N

Pun begitu, destinasi penerbangan hanya akan diketahui selepas syarikat ini mula beroperasi secara rasmi dan tinjauan kami ke laman web mereka pun masih tiada apa-apa melainkan mesej ‘selamat datang’ dan tunggu untuk pengumuman selanjutnya.

Teo memberikan gambaran bahawa penerbangan MYAirline nanti hanya akan meliputi penerbangan dalam jangka masa empat jam sahaja kerana itu merupakan jarak yang ideal bagi operasi penerbangan tambang murah.

Untuk rekod, sesebuah syarikat penerbangan di Malaysia haruslah mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kapal terbang sebelum dibenarkan beroperasi.

MYAirline kini dalam proses untuk menguatkan kakitangan mereka yang kini berjumlah 300 orang termasuk 45 orang juruterbang.

Baca : “Senang lah lepas ni” – Penerbangan Terus Dari Subang Ke Pangkor Bermula Hari Ini

Flight Ke Pangkor

Sumber: MYAirline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.