in

“Karena rasa cemburu terhadap pacar…” – Remaja 21 Tahun Bunuh Kekasih Sebab Ada Kawan Lelaki

Bunuh Gf Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bahaya bila dapat pasangan kuat cemburu buta ni kan? Silap-silap dia berkasar atau buat sesuatu yang membahayakan ke. Itulah yang berlaku terhadap seorang gadis malang di Bali, Indonesia baru-baru ini.


Ni Made Ayu Serli Mahardika, 20, telah dibunuh oleh teman lelaki dia sendiri dek kerana perasaan cemburu tak tentu pasal. Menurut Kumparan, penemuan mayat Serli pada 11 April telah berjaya merungkai segala misteri yang berlaku.

Semuanya terungkai bila ibu bapa Serli tak dapat hubungi anak mereka selama beberapa hari dan minta tolong rakan kolej mangsa untuk tengokkan dia dalam bilik dekat Kampung Banyuasri, Singaraja.

Mangsa Bunuh Bf
sumber: tribun

Rakan mangsa, Meda dan Albert pergi ke bilik untuk periksa keadaan dia. Pada masa itulah, mereka dapat tahu yang gadis tu dah pun meninggal dunia.

“Kami dapat kunci dia di celah-celah tingkap bilik. Baru buka setengah pintu biliknya, sudah terhidu bau busuk.

“Akhirnya kami tidak berani masuk dan terus hubungi keluarga Serli. Keluarnya Serli yang hubungi pihak polis.”

Lepas siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa dekat sana, akhirnya diketahui bahawa Serli telah dibunuh oleh teman lelaki dia sendiri. Suspek berusia 21 tahun yang tak didedahkan nama tu kenal dengan Serli sejak SMP. Pada Oktober 2018, mereka mula menjalinkan hubungan.

Serli sangat mesra dan mempunyai ramai kawan termasuklah kawan lelaki. Disebabkan cemburu buta kekasih dia berkawan dengan lelaki, suspek bertindak di luar kawalan.

“Pelaku melakukan perbuatannya kerana rasa cemburu kerana mangsa sering berkumpul dengan kawan lelaki kelasnya,” beritahu polis.

Jumpa Mayat
sumber: tribun
Polis Jumpa Mayat
sumber: coconuts

Kejadian malang itu berlaku pada 8 April ketika suspek datang ke bilik Serli kira-kira jam 7 malam. Dia kemudian menekap muka Serli dengan bantal sambil tumbuk lehernya untuk pastikan mangsa betul-betul mati.

Lepas dah bunuh teman wanita dia, suspek kemas semula bilik tu supaya tak ada yang mencurigakan.

“Sebelum dia meninggalkan bilik asrama Serli, dia kemas dulu bantal-bantal, selimutkan Serli seolah-olah Serli sedang tidur.”

Laporan bedah siasat juga mendedahkan bahawa terdapat luka pada dahi, bibir dan leher Serli akibat kekerasan. Akibat perbuatannya, suspek kini masih dalam tahanan polis dan berdepan hukuman 15 tahun penjara. Bila disoal siasat, suspek berkata,

Saya minta maaf. Pada masa tu emosi saya tak dapat dikawal dan saya tak sedar saya telah membunuhnya.”

Mangsa Bunuh Bf 1
sumber: tribun
Bunuh Gf
sumber: coconuts

Kuat cemburu pun tak bawa ke mana hubungan cinta tu, betul tak? Baru 21 tahun, kan tak pasal pasal gelap masa depan sebab buat sesuatu tanpa berfikir.

Baca: Sadis! Wanita Dibunuh Kekasih Ketika Sambut Birthday, Mayat Pula Disimpan Dalam Sofa

Featured 1 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.