in

“Ashman habis masa satu jam cari gambar ni” – Najib Razak Muat Naik Gambar Baru, Kali Ni Terima Ijazah Dengan Rambut Kerinting

Najib Graduate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dua hari lepas Dato’ Seri Najib ada memuat naik gambarnya lengkap dalam persalinan ijazah doktor falsafah, hari ini bekas Perdana Menteri ni ‘buat hal’ lagi dengan memuat naik gambar baru pulak.


Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Najib telah memuat naik gambar graduasinya yang admin agak pada tahun 70-an ketika menuntut di Universiti Nottingham, England. Fuh bergaya lain macam dato seri! 

Posted by Najib Razak on Thursday, February 14, 2019

 

“Ashman habiskan masa hampir satu jam untuk mencari gambar yang sudah 45 tahun ini dari rumah bonda saya” 

Gambar yang baru dimuat naik kurang daripada sejam ini telah mendapat 33,000 likes dan Najib juga telah memuat naik gambar lain bersama ibu dan adiknya.

Menurut anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak ini, anaknya Ashman telah menghabiskan masa lebih kurang satu jam untuk mencari gambar-gambar tersebut yang sudah berusia 45 tahun di rumah bondanya, Tun Rahah. 

Tambah Najib lagi, gambar tersebut diambil pada tahun 1974 ketika majlis graduasinya dan ini adalah bukti kepada fitnah yang dilemparkan parti DAP yang mengatakan bekas PM ini tidak menghabiskan pengajiannya.

Agak old school tapi inilah foto dari majlis graduasi saya pada tahun 1974.Saya turut bergambar bersama bonda, Tun…

Posted by Najib Razak on Thursday, February 14, 2019

 

“Ni mesti zaman rock kapak ni… sebelum balik Malaysia mesti potong pendek dulu rambut tu” 

Ternyata gambar ini mendapat perhatian hangat netizen kerana rata-rata penyokong bekas PM ni teruja lihat gambar lama Dato’ Seri Najib. Ada yang siap suruh beliau simpan semula rambut gaya macam tu dan ada pula yang kata rupa beliau ada iras-iras pelakon Mustapa Kamal. Amboi! 

Dato
sumber: facebook

Style jugak rambut Dato’ Najib dulu-dulu. Korang cuba korek balik gambar graduate lama-lama tu. Ada lagi yang lebih hensem dari Dato’ Najib tak? 

Baca: “Talam dua muka ke budak ni?” – Penyokong Najib Mula Rasa Tak Sedap Hati Dengan Ron Kamisan, Abang #MaluApaBossku

Malu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.