“Asal kijo bod*h jah ore kelate”- Netizen Kecam Gadis Bertudung Pijak Al-Quran Untuk Buktikan Dia Disetubuhi Lelaki?

Netizen nampaknya memang panas betul dengan seorang gadis ni selepas video dia pijak Al-Quran viral di media sosial.

Klip berdurasi 3 minit 13 saat itu menunjukkan yang remaja perempuan terbabit bertindak memijak senaskhah Al-Quran berwarna hijau sambil berkata sesuatu dan dirakam kawannya, dan ketika itu mereka berada di sebatang jalan di sebuah kampung.

Dalam dialek pantai timur, kedengaran gadis itu disoal rakannya sama ada dia sudah melakukan persetubuhan dan meminta dia membuat pengakuan bersumpah .

Betul kau bersetubuh? Cakaplah jujur. Sumpah kau bersetubuh?”

Tanpa berfikir panjang, gadis ketawa berdiri di atas Al-Quran sambil mengakui dia telah disetubuhi oleh seorang lelaki tanpa kerelaannya.

Sumber: Facebook

Ada yang kata, rakan-rakan remaja tersebut yang menyuruh remaja itu untuk bersumpah diatas al-quran tapi ada juga yang berkata sebaliknya.

Tapi rata-rata netizen yang menonton klip ini mengecam hebat apa yang dilakukan remaja itu dan rakan-rakannya.

Malah mereka terkejut gadis bertudung itu sanggup memijak al-quran semata-mata untuk membuktikan yang dia telah disetubuhi.

 

Video penuh korang boleh tengok kat SINI.

 

Baca : Sweetnya! Lelaki Ini Beri Hantaran Naskhah Al-Quran Ditulis Sendiri Untuk Isteri

 

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.