in

“Arwah cari rezeki untuk anak, bini” – Rakan ‘Bodyguard’ M*ut Dit*mbak Dalam Myvi Mohon Henti Spekulasi

bodyguard ditembak dalam myvi cari rezeki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakan baik kepada pengawal peribadi yang maut ditembak di dalam kereta dalam kejadian pagi semalam di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson meminta orang ramai supaya hentikan spekulasi berhubung insiden tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Azrul Fariz Kamarul Baharin, 43, disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar.


Menurut Nizam Hashim, pelbagai andaian yang timbul di media sosial bukan sahaja telah mengguris hati keluarga Allahyarham, malah rakan-rakan.

“Pada netizen di luar sana, tolong jangan anggap yang bukan-bukan. Ada yang kata bawa dadahlah, itulah, inilah…tolong ya.

“Kalau tak tahu cerita, jangan buat spekulasi macam-macam. Arwah bekerja sebagai pengawal peribadi menjaga nyawa orang, mencari rezeki untuk anak, bini,” katanya.

Artikel berkaitan: Kes T*mbak Dalam Myvi: ‘Bodyguard’ M*ut, Majikan Parah Ada 15 Rekod Jenayah

Nizam yang juga bekerja sebagai pengawal peribadi turut meminta semua pihak berhenti menularkan gambar dan video mangsa yang sedang nazak di dalam kereta bagi menghormati pihak keluarga.

“Kalau bos tak meninggal, kita yang meninggal seperti mana yang terjadi kepada kawan saya kerana prinsipal kita adalah menjaga nyawa majikan.

“Dalam kejadian yang berlaku, arwah menjaga majikannya sehingga ke titisan darah yang terakhir.

“Kerja kami ini risikonya tinggi, tapi arwah ini hanya fikir nak cari rezeki untuk keluarga dan pengakhiran dia begini. Jadi saya minta sangat janganlah, cakap macam-macam,” katanya.

Nizam menyifatkan arwah seorang teman yang baik dan bukan sahaja bertanggungjawab kepada keluarga, tetapi sangat prihatin terhadap kawan-kawan.

3368416

Hasrat arwah rai hari anugerah sekolah anak tidak kesampaian

Sementara itu, isteri mangsa mendedahkan arwah ada mengambil cuti untuk menghadiri hari anugerah sekolah anaknya yang berusia 12 tahun Sabtu ini, namun semua itu tidak kesampaian.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas ditembak ketika berada di dalam kereta dalam kejadian di Jalan Rasah.

Mangsa yang cedera parah dilaporkan mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

Dalam perkembangan lain, tiga individu tempatan telah ditahan dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.