in

“Arrogant!” – Wanita Simbah Air Dekat Pak Guard & Rider Sebab Tak Hantar Order Depan Pintu

Ft Guard Kena Simbah Air

Bengang kerana pesanan tidak boleh hantar ke depan pintu, seorang wanita membuat satu tindakan yang telah mengundang kemarahan warganet.

Ia selepas perbuatan tak ada sivik itu dirakam oleh seseorang sebelum video itu viral setelah di kongsikan ke Facebook.

 

Kat negara lain termasuk China ni boleh, kenapa Malaysia susah sangat!”

Dalam kejadian yang berlaku pada 26 November 2021 lepas, dilihat seorang wanita menyimbah air boba yang ditempah menerusi perkhidmatan penghantaran makanan secara atas talian kepada pengawal keselamatan dan penghantar makanan itu disebuah residensi.

Guard Kena Simbah Air

Menurut pengirim yang dikenali sebagai Micheal Cheang,ia berpunca kerana wanita tersebut bengang pesanannya tidak boleh dihantar ke hadapan pintu kerana peraturan disitu telah menetapkannya. Rasanya memang mana-mana tempat pun kena turun ambil pesanan masa musim pandemik kan?

“Saya menerima video ini pagi tadi (27 November 2021), dan saya mewakili syarikat kami M-Forces Security untuk mengumumkan selok-belok kejadian ini,”

Katanya lagi, insiden itu berlaku pada jam 8 malam, pelanggan wanita dari China tersebut berkeras suruh penghantar menghantar pesanannya ke depan pintu rumahnya, kata Cheang menerusi perkongsiannya.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan menolak permintaannya pada masa itu dan menyatakan bahawa mengikut SOP, tiada kebenaran penghantar berbuat demikian.

Guard Kena Simbah Air 2

Apabila orang penghantaran menelefon dan menerangkan perkara tersebut kepada pelanggan,  mereka berdua dipercayai kena marah.

“Selepas beberapa ketika, dia turun dengan marah dan berkata, ‘negara lain termasuk China boleh buat, kenapa Malaysia macam ni! ‘. Dia tidak menerima penjelasan daripada pengawal keselamatan dan menyelar mereka berdua,”

Maka terjadilah kejadian seperti di dalam video ini, mereka berdua disimbah teh boba sebelum berlalu pergi. Walaubagaimapun, kedua-dua mangsa dilihat begitu tenang.

今早我收到一个video,我希望代表我们M-Forces Security发表一下这件事的来龙去脉。事情发生在昨天晚上八点左右,这位中国小姐因为坚持要让外卖小哥把她的奶茶送上楼给她。而被当下的保安人员拒绝并理性的去阻止外卖小哥送上楼,并劝说现在的SOP是不允许这样做的。后来外卖小哥接到这位中国小姐的电话并向这位中国小姐解释。 在解释当中,她强烈的“指点”我们公司的保安人员并同时间教训外卖小哥。过了一会她一股怒气的下来,并表示说她在其他国家包括中国都这样 为什么马来西亚那么糟糕!保安人员在不停的劝说之下她也不接受并迁怒在我方保安人员还有外卖小哥身上。 在此,我想向M-Forces Security 安保公司的保安人员致敬!在面对如此火爆与傲慢的住户的同时他们展现了专业的一面冷静去处理并坚守岗位与职责。 我以他们为荣!#请大家善待前线人员#祝福火爆姐

Posted by Michael Cheang on Friday, November 26, 2021

Oleh itu, Cheang memuji dengan sikap profesional pekerja tersebut dalam mengendalikan pelanggan yang bersikap panas baran dan tekun dalam menjalankan tanggungjawab.

Dia juga memesan agar sentiasa bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan petugas-petugas barisan hadapan ini. Video ini telah meraih 61K jumlah tontonan dan lebih dari 2,000 jumlah perkongsian dalam masa sehari ia dimuatnaik.

 

Baca : “Patut bagi 5 stars”- Delivery Rider Tunaikan Hasrat Customer Suruh Simbah Air Dekat Ex-BF!

Collage 14

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook