in

“Patut bagi 5 stars” – Delivery Rider Tunaikan Hasrat Customer Suruh Simbah Air Dekat Ex-BF!

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni macam-macam pula cara orang buat bila kecewa bercinta ya? Maklumlah tengah sakit hatikan…



Macam insiden yang berlaku di China ni bila seorang wanita buat ‘permintaan istimewa’ untuk bekas teman lelakinya dengan bantuan dari penghantar makanan.

Menurut Oriental Daily, insiden ini berlaku di ShangDong, China. Seorang penghantar makanan telah mendapat pesanan untuk menghantar teh ais beserta arahan yang luar biasa.

Di bahagian komen pesanan tersebut, pelanggan yang memesan teh ais itu telah meminta agar penghantar makanan ni simbah air teh pada bekas teman lelakinya.

Tak payah buat baik, simbah je air dekat sampah tu.”

Berdasarkan video yang tular, korang boleh tengok rider tu tunaikan juga permintaan pelanggannya dan menyimbah teh ais tersebut ke muka lelaki malang itu.

Tapi boleh tengok, lepas je rider ni simbah teh ais tu, cepat-cepat dia hulurkan resit untuk tunjuk yang dia dapat arahan untuk buat macam tu. Malah, rider ni juga turut meminta maaf pada lelaki tersebut.

Maaf, saya buat ni sebab ikut arahan dari pelanggan.”

Screenshot 2021 02 10 At 4.37.39 Pm

Kerana rasa bersalah, rider ini juga turut memberikan tisu kepada lelaki tersebut.

Ekoran video tular ini, syarikat penghantaran makanan ini telah pun mengeluarkan kenyataan mengatakan yang pihak mereka akan menyiasat kejadian ini. Mereka juga turut memberitahu yang rider tersebut boleh je tolak pesanan kalau dia rasa permintaan pelanggan itu keterlaluan.

Namun, ramai netizen merasakan yang rider tersebut sepatutnya diberikan lima bintang kerana berani untuk tunaikan hasrat pelanggannya.

Aduh, nasib baik tak kena tumbuk je buat macam ni!

 

Baca: Dapat ‘Order’ Daripada Geng Pancing, ‘Rider’ Ini Sanggup Naik Sampan Untuk Hantar Makanan

Screenshot 2021 02 10 At 4.42.17 Pm

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.