in

Ari Wibowo Buat Pengakuan, Cerita Kisah Tukar Agama Dari Islam Ke Kristian Lepas ‘Bertemu’ Tuhan di Gereja Jerman

Ari Wibowo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang lahir di tahun 80-an dan 90-an, pasti korang kenal dengan hero kacak dari negara seberang iaitu Ari Wibowo.


Ari yang berusia 50 tahun ini dilahirkan di Jerman dan berpindah untuk menetap di Indonesia ketika dia berusia 10 tahun. Dia juga telah dilahirkan sebagai seorang Muslim, mengikuti agama bapanya.

Walau bagaimanapun, pelakon tersebut kemudian telah membuat keputusan untuk menukar agama kepada Kristian dan baru-baru ini, dia terbuka untuk menceritakan perjalanannya murtad atau pindah agama dalam satu wawancara di Youtube oleh Danial Mananta Network.

202101191332 Main.cropped 1611037957

 

Tukar agama selepas ‘bertemu’ Tuhan 

Menurut Ayo Jakarta, tanpa menyebutkan usia berapa dia menjadi penganut Kristian, Ari katanya telah mengaku menjadi murtad selepas mengunjungi sebuah gereja kecil di Jerman dan ‘bertemu’ Tuhan.

Saya sebenarnya lahir sebagai Muslim, ikut agama bapa saya. Saya kan lahir di Jerman. Jadi semasa di sana, walaupun saya beragama Islam, saya pernah mengunjungi sebuah gereja kecil di Konstanz, Jerman,” katanya.

Tambahnya lagi, saat dia masuk ke gereja pada masa itulah dirinya telah ‘bertemu’ atau ‘disapa’ oleh Tuhan Jesus.

“Jadi saat saya masuk ke gereja itu, saya bertemu Tuhan. Tuhan seperti pertama kali memperkenalkan dirinya kepada saya, iya jadi begitulah,” ceritanya.

Ari 1
Ari wibowo dan isteri, inge anugrah

Ari kemudian telah mengunjungi semula gereja tersebut pada 2006 dan ingin memperkenalkan ia kepada isterinya, Inge Anugrah semasa bercuti di Konstanz, Jerman.

Tapi di tengah perjalanan, isterinya kemudian mengadu penat dan memutuskan untuk tidak mengikutinya untuk ke gereja tersebut serta meminta Ari dan ibunya saja ke gereja yang disifatkan Ari sebagai tempat pertamanya bertemu dengan Tuhan.

Menurut Ari, dia berasa bersyukur selepas pulang dari Jerman, isterinya kemudian disahkan hamil anak pertama mereka.

Oh ingatkan dia selama ni Muslim, tak sangka Kristian rupanya…. 

Baca: “Kami tiada pilihan” – Illi Najwa Beri Penjelasan Lepas Didakwa Murtad Sebab Kahwin Ikut ‘Style’ Agama Lain

India

Sumber: Era.id
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.