“Apa punya perangai?” – Doktor ‘Scam’, Telefon Wanita Untuk Bagitahu Ada Kanser, Rupanya Ajak Phone Sex

Hampir setiap minggu, kita mesti dapat panggilan dari scammer, mintak nombor akaun lah apa lah. Semua sebab nak curi duit punya pasal. Tapi lelaki ni lain pulak, dia scam orang bukan untuk duit, tapi untuk puaskan nafsu. Eee

Menurut The Star, seorang lelaki dari Terengganu yang menyamar menjadi doktor telah ditangkap kerana dituduh membuat panggilan telefon tak senonoh kepada 21 wanita.

Gambar Hiasan

Lelaki ni ditahan pada 9 Julai di sebuah hotel di Klang. Modus operandi lelaki ini adalah, dia akan memburu wanita-wanita yang membuat pemeriksaan kesihatan pra perkahwinan di beberapa institusi kesihatan.

Lelaki ni kemudian akan telefon mangsa dengan menyamar menjadi doktor. Kemudian, dia akan beritahu “berita buruk” yang menurut keputusan pemeriksaan, mangsa menghidap kanser atau masalah kesihatan kronik yang lain.

Gambar Hiasan

Lepastu, ‘doktor’ ni akan suruh mangsa untuk baring mengiring dan sentuh kemaluan mereka sambil mengerang. Eee tak senonohnya perangai!

Tak cukup dengan tu, dia akan suruh mangsa menepuk buah dada mereka sambil bercakap bahasa-bahasa lucah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata mereka kini sedang menyiasat bagaimana suspek mendapat nombor telefon mangsa-mangsa ini dan berkata yang lelaki tersebut mempunyai dua rekod jenayah melibatkan rompakan berkumpulan dan penggunaan senjata.

Hopefully lelaki ni dapat hukuman yang setimpal. Kalau dibiarkan, memang bahaya. Lepas ni, pada kaum wanita, hati-hati bila nak jawab call dari nombor tak kenal, okay?

 

Baca: “Call bank dia rampas telefon” – 3 Scammer Menyamar Jadi Penarik Kereta Berani Bergaduh Dengan Polis Sebab Nak Curi Kereta

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson