in

“Apa masalah kau?” – [VIDEO] Pelajar Melutut Sambil Ditengking Cikgu, Netizen Berbelah Bagi Nak Sokong Siapa

Collage 33

Tugas sebagai seorang pendidik memang diakui bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi kena melayan banyak kerenah pelajar yang macam-macam gaya ni.

Terbaru, tular satu video yang dimuat naik di TikTok menunjukkan seorang pelajar dari salah sebuah sekolah di Seremban dilihat sedang melutut sambil dimarahi oleh seorang guru.

Dalam video ini, dapat didengari dari dialog, pelajar ini dimarahi kerana telah mengetuk pintu dengan kuat, cuba untuk memecahkan pasu serta menconteng dinding di sekolah.

Kenapa you ketukkan pintu macam nak roboh, lepastu nak pecahkan pasu, you conteng. Benda elok you jadikan tak elok. Kenapa you buat?

Cerita dengan kitaorang ni. Kita nak tahu apa nak tolong kau ni sebenarnya? Apa masalah kau? Kenapa kau tak suka tengok benda tu cantik? Sebab rumah kau pun buruk? Rumah kau macam tong sampah ke?

Rumah kau bersih kan? Rumah kau cantik kan? Sekolah pun kena cantik sebab kau belajar kau tahu tak?”

Selepas dimarahi, pelajar ini kemudiannya dilihat telah bangun dan meminta maaf kepada cikgu tersebut.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama video ini, pengguna TikTok tersebut meminta agar pihak sekolah dan pihak berkuasa seperti PPD dan Adun untuk mengambil tindakan ke atas cikgu tersebut kerana membuli.

Bagaimanapun, di ruangan komen, ramai netizen yang tak setuju dengan kapsyen tersebut dan mengatakan cikgu tersebut hanyalah tegas kerana pelajar ini memang patut dimarahi.

Screenshot 2022 08 12 At 3.38.46 Pm Down

Apa pendapat korang?

 

Baca: “Budak tu je yang faham” – Cikgu Geleng Kepala Lihat Tulisan Jawi Murid Versi ‘Baru’, Netizen Pun Sekali Terhibur!

Screenshot 2022 08 12 At 3.51.18 Pm