in

“Apa jadi kalau aku spill sekarang?” – Luahan Faye Kusairi Buat Ramai Tertanya-Tanya?

Syaz Ft 101

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan satu hantaran ringkas namun penuh misteri daripada pelakon berbakat besar, Faye Kusairi di platform Threads baru-baru ini. Mana tidaknya, hantaran tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa dia kini sedang berada di tahap kesabaran yang sangat nipis.

Menerusi hantaran tersebut, Faye secara terbuka meluahkan rasa tertanya-tanya tentang apa yang akan berlaku sekiranya dia mendedahkan rahsia serta aib seseorang yang telah disimpan rapi selama sedekad.


Artikel berkaitan: Faye Kusairi Nafi Kereta Rosak Angkara Along, Rupanya Sebab Bumbung Balkoni Kondo Jatuh

Artikel berkaitan: “Masih senget tapi jangan risau” – [Video] Faye Kusairi Alami Bell’s Palsy, Minta Netizen Jangan Risau

 

View on Threads

 

Rasa Tercabar Setelah Sekian Lama Pendam

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, luahan Faye itu jelas menunjukkan bahawa dia kini sedang berdepan dengan situasi yang membuatkan dirinya rasa cukup tercabar. Bagaimanapun, pelakon itu dilihat masih mempertimbangkan impak atau kebaikan yang bakal dibawa sekiranya rahsia besar itu terbongkar kepada umum.

Tindakan Faye yang masih ‘berperang’ dengan perasaan sendiri itu mengundang pelbagai reaksi, memandangkan tempoh 10 tahun bukanlah satu masa yang singkat untuk seseorang itu menjaga aib pihak lain, sudah pastinya kenyataan pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaiku menarik perhatian netizen.

Cats 13

Sehingga kini, belum ada sebarang penjelasan lanjut daripada pihak Faye mengenai siapakah individu yang dimaksudkan atau apakah jenis rahsia yang sedang dipendamnya itu.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.