Baru-baru ini pelakon tempatan, Faye Kusairi memuat naik satu posting di Instagram menyatakan dirinya diserang Bell’s Palsy ketika dia sedang menggosok gigi, separuh mukanya lumpuh.
Walau bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan dari sebuah pusat perubatan, dia bersyukur kerana sudah boleh menggerakkan sedikit otot mukanya.
Terbaru, Faye telah kongsikan satu rakaman mengenai perkembangan kesihatannya di Instagram.
https://www.instagram.com/p/CIo7XJyBpRq/
Dalam video tersebut, Faye kelihatan kekal bersemangat walaupun terlihat sedikit kesukaran baginya untuk bercakap.
“Ther reason saya buat video ni sebab saya sedar betapa risaunya orang ramai terhadap kondisi saya sekarang dan maybe can also help boost keyakinan serta inject sedikit positivity kepada yang menghadapi Bell’s Palsy atau mana-mana penyakit sekalipun.
Jangan risau sangat. Jangan stress, percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti berusaha. Selagi bernyawa, kita positifkan diri untuk sembuh.”
Nasihatnya lagi, hiduplah dengan bersederhana.
Jangan malu dengan keadaan kita. Sama juga jangan riak bila kita diberi rezki kesihatan yg mantop, body yg mantop, muka yg cantik dan sebagainya. Sentiasalah bersederhana.. إنشاءالله!
Faye yang kini sedang hamil 39 minggu juga bercadang untuk berkongsi perkembangan semasa keadaan dirinya kepada peminat.
Kekal positif dan semoga cepat sembuh Faye Kusairi!