in

“Apa guna kad ni eh?” – Wanita Persoal Fungsi Kad Vaksinasi, Sedih Lihat Warga Emas Dihalang Masuk Mall

Kad Vaksin Tak Laku Tak Dibenarkan Masuk Mall

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, sebaik saja kita selesai mengambil dua dos vaksin, selain daripada mendapat sijil pengesahan di aplikasi MySejahtera, penerima juga akan mendapat sekeping kad yang menandakan dia sudah lengkap divaksinasi.


Kad tersebut walau bagaimanapun jarang kita gunakan sebab ke mana-mana kita pergi, pihak berkuasa pasti akan memeriksa sijil vaksinasi kita melalui aplikasi MySejahtera.

 

Warga emas dihalang masuk mall sebab tak ada My Sejahtera? 

Pun begitu, seorang wanita yang dikenali sebagai @srisaffeya_hg di TikTok berkongsi rasa tidak puas hatinya baru-baru ini, apabila sepasang warga emas telah dihalang daripada memasuki sebuah mall.

Menurutnya, perkara ini berlaku apabila warga emas tersebut memberitahu mereka tidak mempunyai telefon pintar dan hanya mempamerkan kad vaksinasi sebagai bukti mereka sudah lengkap dua dos vaksin.

Tunjuk 1

Walau bagaimanapun, kedua-dua warga emas tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam mall oleh guard yang bertugas kerana mereka gagal mempamerkan aplikasi MySejahtera.

 

“Apa fungsi kad ini?” 

Sedih melihat warga emas diperlakukan sebegitu, wanita ini kemudian mempersoal fungsi disebalik kad vaksinasi yang diberikan PPV tersebut.

Apa guna kad ini eh? Lepas tu macam mana kalau orang yang tak ada handset, yang tak ada MySejahtera.

“Nak-nak makcik pakcik yang tua nak masuk mall dengan harapan nak beli barang, tunjuk kad ni tapi tak boleh masuk.

“Apa fungsi kad ni? Kalau kad ni tak boleh nak pakai, kenapa diberi kepada setiap orang yang complete dua dos vaksin. Habis kalau kes makcik pakcik tu, tak ada handset, MySejahtera… so kad ini fungsi dia apa?” luahnya tidak puas hati.

@srisaffeya_hg

saya musykil nii…boleh tlg komen siap2 yang arif dan tahu..tq sahabat2..#fypp #fypシ #tiktokviralmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – ❤️SRIKANDI SAFFEYA&HG❤️ – ❤️SRIKANDI SAFFEYA&HG❤️

Wanita itu yang buntu melihat kejadian menimpa pasangan warga emas di mall tadi juga bertanya kepada netizen jikalau mereka tahu apakah fungsi sebenar kad tersebut dan mengapa ia tidak boleh digunakan untuk masuk ke dalam mall.

 

“Nset suami habis bateri, tunjuk kad vaksin, tak laku” 

Ramai juga netizen di ruang komen yang berkongsi kisah hampir serupa dengan wanita itu apabila mereka tidak benarkan masuk ke dalam mall atau premis jika mempamerkan kad vaksinasi tersebut.

Namun ada yang berpendapat, sesetengah guard kemungkinan besar tidak diberitahu mengenai penggunaan kad tersebut. Jadi mereka tidak tahu yang kad itu boleh digunakan jika MySejahtera bermasalah.

Kad Vaksinasi

Dalam pada itu, pemilik video ini juga menjelaskan tujuan dia merakam video itu hanyalah untuk meminta penjelasan daripada pihak berwajib dan berharap ia akan sampai ke pengetahuan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Harap isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Kasihan juga dekat makcik pakcik yang tak ada handphone canggih tu. Tak dapat nak beli barang keperluan di kedai. 

Baca: “Inilah yang kita mahu dari menteri” – Netizen Puji KJ, Bertindak Pantas Perbaiki Paparan & Ciri Baru MySejahtera

Mysj 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.