Selepas kejadian seorang pelawak memukul serta menendang seorang pengawal keselamatan bernama Yahya Manap, 70, nampaknya Yahya atau dipanggil Pak Ya ni takkan berdiam diri.
Menurut Harian Metro, Pak Ya kini bercadang untuk mengambil tindakan saman terhadap pelawak terbabit yang mengakibatkan kecederaan pada muka dan trauma pada dirinya.
“Sehingga hari ini, badan saya masih terasa sakit dan pening kepala kerana sukar tidur”
Akibat daripada kecederaan yang dialami, Pak Ya telah diberi cuti tiga hari oleh pihak Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), namun semua itu masih tidak dapat menghilangkan kegusaran di dalam kepalanya.
“Sehingga hari ini, badan saya masih berasa sakit dan pening kepala kerana sukar tidur. Pemikiran saya kusut dan tidak dapat berfikir dengan baik.
“Saya hanya berehat dan makan ubat. Mujur ada isteri dan anak yang menjaga saya di rumah,” katanya.
Pun begitu kata Yahya, dia akan dapatkan rawatan susulan kalau kesihatannya tak tunjukkan sebarang perubahan.
Pelawak masih tak hubungi pihak Pak Ya
Namun apabila disoal sama ada artis lelaki terbabit atau wakilnya ada hubungi Pak Ya, dia menjawab sehingga kini Pak Ya masih belum terima apa-apa panggilan telefon daripada pihak berkenaan.
“Beri saya masa untuk rehat dan tenangkan fikiran dahulu. Saya belum bersedia jumpa dia.
“Perbuatan dia (pelawak) saya boleh maafkan, tapi kesan akibat perbuatannya itu masih terasa sehingga hari ini. Saya mungkin akan ambil tindakan saman tapi bergantung kepada keputusan keluarga,” kata Pak Ya.
Dalam pada itu, pelawak terbabit dilaporkan telah mendapat perintah dari mahkamah untuk dibebaskan dengan jaminan.
“Saman terus pakcik… bagi akal dia waras, baru sedar”
Rata-rata netizen menyokong tindakan Pak Ya yang ingin menyaman pelawak terbabit. Harap ia beri pengajaran berguna kepada artis tersebut.
Hadoi min tak fahamlah kenapa sampai nak bertumbuk dan terajang dengan pak guard yang usianya macam datuk kita tu. Mohon maaflah dengan pakcik ni kalau tak mahu kena saman.