in

Anwar Nafi Terima Layanan VIP Ketika Dipenjara, Minta Jangan Banding Dengan Najib

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak penjara baru-baru ini memberitahu bahawa bekas Perdana Menteri kini sedang menerima rawatan di Pusat Rehabilitasi Cheras (HRC), ramai penyokongnya mendakwa bahawa Najib Razak berhak menerima layanan tersebut kerana Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut pernah di bawa ke sana ketika dipenjarakan sebelum ini.


Ekoran ini, Anwar meminta agar pengkritik tidak membandingkan pengalaman ketika beliau dipenjarakan dengan apa yang dilalui oleh Najib sekarang, lapor FMT.

Menurutnya, beliau dihantar ke HRC selepas menjalani hukuman penjara selama 10 tahun di sel terasing dan hanya dibenarkan untuk mendapat rawatan pakar selepas menjalani pembedahan besar di bahu.

Jadi, jangan bandingkan (apa yang dialami Najib) dengan apa yang dialami Anwar. Sekiranya, beliau mahu dilayan sama, beliau perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun dulu..kemudian baharu dibawa ke pusat rehabilitasi.”

300Px Anwar Dan Polis

Tambahnya lagi, ketika dipenjarakan, beliau hanya tidur di atas lantai simen selama berminggu-minggu sebelum doktor menasihatkan untuk diberikan katil kerana keadaan tulang belakangnya.

Anwar berkata, sekiranya doktor boleh jelaskan bahawa Najib betul-betul tidak sihat, beliau tiada isu sekiranya Najib dipindahkan ke hospital rehabilitasi.

Untuk pengetahuan korang, Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan rasuah, pada April 1999 dan sembilan tahun, pada Ogos 2000 kerana meliwat. Beliau kemudian menjalani tiga tahun penjara selepas disabit sekali lagi meliwat sebelum mendapat pengampunan diraja, pada 2018.

Sebelum ini pula, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sekali lagi menafikan dakwaan mengatakan Najib telah mendapat layanan istimewa dari pihak kementeriannya berhubung pemindahan ke HRC.

 

Baca: Ini Jawapan Dr Hisham Lepas Netizen Persoal Tentang Kesihatan Najib

Collage 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.