in

Ini Jawapan Dr Hisham Lepas Netizen Persoal Tentang Kesihatan Najib

Collage 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Jabatan Penjara Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan terkini Najib Razak yang telah dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras sejak 19 September lalu bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Kenyataan ini jelasnya telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya dengan masalah kesihatan Najib lebih-lebih lagi sebelum ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham mengatakan Najib dalam keadaan stabil.

Ekoran sering mendapat persoalan mengenai keadaan kesihatan terkini Najib sehingga perlu dihantar ke Cheras, Dr Hisham melalui Twitter memberitahu bahawa pada 12 September lalu, ekoran keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan, Najib telah menjalani rawatan serta pemantauan dan laporan perubatan akan dikemukakan kepada mahkamah.

Pun begitu, Dr Hisham menegaskan bahawa dia tak boleh nak bercakap lebih lanjut mengenai kesihatan Najib ekoran Akta Perubatan 1971 dan menegaskan sekali lagi bahawa laporan perubatan ini akan diberikan kepada mahkamah nanti.

Manakala semalam, Khairy menafikan bahawa Najib telah mendapat layanan istimewa seperti dakwaan yang tular di media sosial, lapor FMT.

Tak ada layanan istimewa. Ada permintaan dari timbalan pendakwa raya untuk menangguhkan prosiding bagi membolehkan Najib mendapatkan rawatan yang diperlukan.”

Khairy turut menjelaskan Najib dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras itu bagi mendapatkan rawatan lanjutan serta fisioterapi.

 

Baca: Kesihatan Tidak Memuaskan, Najib Razak Dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras Untuk Rawatan

Untitled Design 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.