in

“Antara dada dan perut” – Ada Lagi Saksi Nampak Badan Zaharif Digil*s Tayar Perodua Ativa

Syaz Ft 2024 12 02T152057.059

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, berlangsungnya prosiding hari ke-10 bagi perbicaraan kes bunuh pelajar sekolah Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang digilis sebuah Perodua Ativa dipandu oleh anggota polis, Disember lalu.

Terbaru, seorang lagi saksi mengaku terlihat Zaharif digilis oleh kereta yang dipandu tertuduh itu.


Artikel berkaitan: Kes Polis Gil*s Pelajar: Pemandu Ativa Angkat Zaharif Dalam Keadaan Marah

Artikel berkaitan: “Kau tengok apa? Tolong aku angkat dia, aku polis!” –  Pemandu Ativa

Azura Yusoff, 50, berkata Zaharif, 17, terhumban ke hadapan apabila motosikal yang ditunggang dilanggar Ativa terbabit.

C9Crsnpd Buletin Tv3 Ad 1

Wanita itu berkata, beliau melihat tayar hadapan dan belakang sebelah kanan Ativa menggilis bahagian badan antara dada dan perut Zaharif.

“Semasa kejadian itu, saya berada di dalam kereta Toyota Wish yang diletakkan berhampiran pintu pagar utama sekolah, sambil menunggu untuk menjemput anak perempuan saya berusia 15 tahun pulang.

Kedudukan kereta saya adalah menghadap ke kawasan persimpangan simpang tiga terbabit,” katanya.

Menurut laporan Buletin TV3, saksi yang difahamkan bertugas sebagai guru di SMK Jelapang Jaya itu berkata, dia mendengar bunyi dentuman kuat semasa sedang melihat telefon bimbit, sebelum melihat kereta Ativa putih melanggar sebuah motosikal dan mangsa.

“Ativa terbabit kemudiannya berhenti di hadapan sebuah kereta Proton Saga merah yang parkir di hadapan kereta saya.

Saya ada bunyikan hon, saya lihat pemandu kereta tidak serta-merta keluar. Selang beberapa saat kemudian baru pemandu Ativa iaitu seorang lelaki keluar dari kenderaannya dan menuju ke tempat pelanggaran,” katanya.

Saksi itu mengesahkan tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, yang duduk di kandang tertuduh sebagai pemandu Ativa dilihatnya Disember tahun lalu.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.