in

Annuar Musa Nak Bagi Beras Percuma Pada 3,000 Orang Setiap Minggu!

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari selepas jalan sesak teruk di Putrajaya lepas orang berpusu-pusu cuba dapatkan ayam beku percuma, kali ini Menteri Wilayah Annuar Musa pula umumkan yang beliau nak bagi beras percuma kepada orang ramai.

Menerusi Facebook, Ahli Parlimen Ketereh ini mengatakan beras tersebut akan diberikan tiga kali seminggu di mana setiap pemberian 1,000 individu akan menerima beras tersebut.


Mereka yang perlukan beras percuma boleh berjumpa Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk masing-masing bagi mendapatkan kupon beras.”

https://www.facebook.com/barisanasional/posts/3592655857515240

 

Jumaat lalu, seramai 2,000 orang telah berkumpul di Putrajaya untuk mengambil ayam beku yang diberikan oleh belia Umno di luar pusat perlindungan haiwan.

Namun, disebabkan tindakan itu tak mendapat kebenaran dan kawasan itu di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, kompaun telah dikeluarkan kepada penganjur.

Harapnya tak adalah benda yang sama jadi dengan beras percuma ni. Nanti apa pun tak dapat…

 

Baca: “Tak ada SOP & penjarakan fizikal” – Penganjur Acara Edar Ayam Beku Percuma Di Putrajaya Dikompaun

Screenshot 2021 01 19 At 5.06.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.