in

Anak Tak Nak Pakai Mask Dalam Flight? Wanita Ini Kongsi Hacks Genius Buat Ibu Bapa

Anak Pakai Mask Dalam Flight Hacks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi perkara wajib dan ditetapkan undang-undang negara kita untuk memakai pelitup muka di tempat awam kecualilah kalau korang berada di dalam rumah sendiri.


Memakai pelitup muka mungkin perkara mudah bagi kita sebagai orang dewasa, namun bagi budak berusia bawah 5 tahun ia mungkin sesuatu yang tidak selesa.

Pexels Photo 4546132

Perkara ini membawa sedikit masalah kepada ibu bapa yang terpaksa memaksa anak-anak mereka memakai mask terutamanya ketika sedang berada di dalam flight. Hadoi mesti mak ayah tebal muka kena tegur pasal anak tak pakai mask kan?

 

Jahit puting dengan pelitup muka? 

Pun begitu, seorang wanita Inggeris baru-baru ini berkongsi satu hack genius buat ibu bapa di TikTok tentang pemakaian mask bagi budak berusia 2 tahun ke atas.

Dalam video tersebut, dia menunjukkan cara iaitu dengan menjahit puting kegemaran anaknya bersama mask kain yang akan dipakaikan ke anaknya.

@moniquesmomlife

#flyingtoddler #pacimask #pacifiermask #tsa #momhack #covidera #travelhack #binky #pacifier #kidmask #beanieboo

♬ how would they know bad girls club – Chris Gleason

Dengan cara ini, anaknya akan sentiasa memakai mask tanpa menanggalkannya dek kerana menghisap puting atau pacifier tersebut. Wah! 

 

“Genius! Mungkin saya tak akan buat selalu tapi untuk dalam flight sudah pastinya” 

Rata-rata netizen memuji ‘rekaan’ genius si ibu yang berusaha membuatkan anaknya memakai pelitup muka, tambahan lagi jika anak ini terpaksa memakai mask dalam jangka masa yang lama seperti di dalam flight.

Sungguhpun ada yang mengkritik tindakan tersebut tidak sesuai dilakukan kerana anak-anak sepatutnya tidak menghisap pacifier pada usia lebih dua tahun, namun ramai yang bersetuju perkara ini dapat menyelesaikan masalah anak-anak enggan memakai mask dalam flight.

Paci

Apa-apapun pemakaian mask sebegini hanya untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas saja dan bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun, mereka tidak perlu memakai mask kerana saluran pernafasan mereka masih kecil.

Harap hacks ini membantu ibu bapa yang nak bawa anak naik flight. 

Baca: Ahli Perniagaan Tayang Pelitup Muka Diperbuat Dari Emas Tulen, Harga Hampir RM240 Ribu!

Mask

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.