Pemakaian pelitup muka sebenarnya telah dilonggarkan dimana kita hanya wajib memakai semasa berada di kawasan tertutup seperti di pusat beli-belah ataupun di dalam mana-mana bangunan awam.
Penarikan semula pelitup muka akan diumum minggu depan
Namun, baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberitahu media bahawa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan mengumumkan sekiranya pemakaian pelitup muka di kawasan awam akan dimansuhkan atau tidak pada minggu depan.
Menurut The Sun Daily, beliau mengulas kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pada Rabu menggesa kerajaan mengkaji semula dasar mengenai pemakaian wajib pelitup muka di kawasan tertutup.
“Sudah tiba masanya kita serius mempertimbangkan untuk tidak memakai topeng muka di ruang tertutup, satu-satunya masalah ialah jenis pengangkutan awam tertentu di mana orang ramai bersesak-sesak untuk tempoh yang lama, di rumah jagaan, rumah orang tua dan kemudahan penjagaan kesihatan.”
Difahamkan juga, negara Malaysia juga telah mencapai zon selamat daripada wabak COVID-19 dimana boleh dilihat jumlah kes dan pesakit di hospital kerana virus tersebut telah berkurang. Tambahan pula, majoriti rakyat Malaysia telah mengambil suntikan vaksin.
“Kami memerlukan keseimbangan antara risiko dan faedah. Alasan kerajaan meneroka penarikan semula pelitup muka adalah untuk kita perlahan-lahan beralih kembali kepada norma biasa kita.”
Untuk pengetahuan korang, mandatori pemakaian pelitup muka di tempat awam telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2020 semasa kemuncak wabak Covid-19.
Korang rasa patut ke pemakaian face mask ditarik semula buat masa sekarang ini?
Baca: “Lari 30 ’round’ pakai ‘mask’” – Gara-gara Didenda Guru, Pelajar Alami Palpitasi Masuk Hospital