in

Ethiopian Airlines Gantung 2 Juruterbang, Terlepas Mendarat Gara-Gara Tertidur

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara tertidur ketika sedang bertugas, dua juruterbang menerima padah apabila digantung tugas oleh syarikat penerbangan terbesar Afrika, Ethiopian Airlines.

Difahamkan, mereka terlepas melakukan pendaratan ketika melakukan penerbangan dari Khartoum ke Addis Ababa. Ketika kejadian, pesawat itu melepasi landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di ibu negara Ethiopia dan hanya tersedar selepas penggera berbunyi apabila mod autopilot diputuskan sambungan.


Menurut data penerbangan, pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines itu terbang pada 37,000 kaki dan hanya berpusing semula ke darat selepas 25 minit. Pusat kawalan trafik udara turut melaporkan juruterbang gagal untuk dihubungi meskipun telah mencuba beberapa kali.

20Ethiopian Pilots Videosixteenbynine3000

Dalam satu kenyataan, Ethiopian Airlines berkata siasatan susulan akan dijalankan terhadap insiden ini. Pihak penerbangan juga menegaskan keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Penganalisis penerbangan, Alex Macheras berkata, dia terkejut dengan insiden ini dan ia adalah sesuatu yang sangat membimbangkan. Jelas beliau, insiden ini dipercayai berpunca daripada keletihan kedua-dua juruterbang terbabit.

Untuk rekod, pesawat tersebut berjaya mendapat dengan selamat dan kesemua anak kapal serta penumpang berada dalam keadaan yang baik.

Kredit: FMT

BACA: Penumpang Kapal Terbang Nyanyi Lagu ‘Baby Shark’ Lepas Lihat Ada Budak Tak Henti Menangis

Capture 4

Sumber: NY Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.