in

“Anak tak nak makan ayah jadi mangsa” – Netizen Terbahak Tengok ‘Taktik’ Ibu Pujuk Anak Makan Nasi

Kena Pukul Sebab Nak Bagi Anak Makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjaga anak kecil ini bukan satu perkara yang mudah. Ibu bapa kenalah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila menghadapi pe’el anak yang tiba-tiba menangis tak tentu pasal, memilih makanan atau tak mahu makan langsung.


Risau anak asyik ‘reject’ makanan, si ibu menerusi akaun TikTok @nanapusya97 ini memaparkan satu taktik berkesan menarik minat anak untuk makan. Fuh para bapa yang tengok ni mesti rasa menyesal! 

@nanapusya97

bila anak taknak makan.. ayah jadi mangsa.. hahaha.. #fypmasukberanda #fypdongggggggg #fypシ #tiktokmalaysia #fypシ゚viral

♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – ???♡︎ – ???♡︎

Menerusi video kat atas korang boleh lihat si ibu pada mulanya ingin suap anak kecilnya makan tapi anak tersebut memalingkan mukanya tanda tidak mahu makanan tersebut.

Lalu si ibu pun suakan makanan tersebut ke mulut si bapa dan sama seperti anaknya, dia menolak untuk makan. Akibat tidak mahu makan, si ibu terus pukul peha si bapa. Alamak! 

Anak mereka yang melihat kejadian itu terus menganga mulut nak makan selepas ibu menyuap kali yang kedua mungkin kerana takut menerima ‘nasib’ yang sama macam bapanya. Amboi pandai! 

 

“Dan2 dia makan noh, kesian si bapak tak pasal2 kena tampaq”

Video tersebut telah membuatkan para netizen pecah perut melihatnya gara-gara keletah si anak, ibu dan bapa yang menggelikan hati.

Malah ramai di kalangan netizen lelaki ‘bersimpati’ dengan nasib si bapa yang tak pasal-pasal kena pukul dengan isterinya gara-gara anak tidak mahu makan. Alahai… kesian ayahnya ye. Lain kali si ibu kena pukul perlahan sikit. 

Kesian Bapak

Taktik ni memang menjadi tapi yang problemnya para bapa kena tahan peha la kena pukul. 

Baca: “Seronok betul tu!” – [VIDEO] Anak Cucu Kasi ‘Can’ Tok Ayah Main Gelongsor Air, Senyum Sampai Ke Telinga!

Atok

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.