in

“Seronok betul tu!” – [VIDEO] Anak Cucu Kasi ‘Can’ Tok Ayah Main Gelongsor Air, Senyum Sampai Ke Telinga!

Page Tok Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu masa min kecil-kecil, mandi dalam kolam biasa je kat depan rumah lepastu suka hati lah kuak lentang ke kuak dada ke… Ibarat kolam tu ana yang punya! Hahaha…


Lain pula dengan zaman sekarang ni dik… Makin advance kolam air, siap boleh buat gelongsor je depan rumah. Tak payah susah-susah nak pergi taman tema air mana-mana. Bila dah siap pasang, memang jadi tumpuan anak-anak kecil main dekat situ.

Tapi pernah tak korang nampak, cucu pulak yang bagi ‘can’ kat atok dorang untuk join sama main gelongsor air? Haa, korang boleh tengok dalam video TikTok kat bawah ni yang buat min senyum sorang-sorang!

Senyum lebar Tok Ayah ni main gelongsor air, siap repeat berkali-kali pulak tu! Ramai turut mendoakan agar Tok Ayah dipanjangkan umur dan sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan supaya dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak cucu. Amin…

Tiktok Full 11

Bukan itu sahaja, rata-rata di bahagian komen juga mengatakan bahawa mereka turut tersenyum melihat Tok Ayah mengukirkan senyuman yang boleh dikatakan begitu ikhlas sehingga mencairkan hati netizen.

“Tak rasa kelakar tapi rasa cam terharu tgk senyuman tok ki..gembiranya dia tak dpt nak di lukis. suatu hari kita akan rindu dia nanti” – Komen netizen

Comel kan? Ternyata, perkongsian video menerusi akaun @Shazzz_ itu kini telah mendapat lebih dari 1 juta views dan juga lebih 89 ribu likes.

Agak-agak kalau min ajak atok min main gelongsor air ni, dia nak tak? Hihihi…

Baca: “Macam ni mahal pun sanggup beli” – [VIDEO] Cantik! Atok 89 Tahun Dipuji Tulis Jawi Atas Kek

Untitled 2 12

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.