in

“Anak guam kami menyertai program itu” – Datuk Boy Iman Diisytihar Muflis Sebab Gagal Lunas Tuntutan Lebihan Bayaran

Boyiman3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah menjadi buah mulut orang ramai berikutan dengan kes rumah mampu mili, harini pelakon dan ahli perniagaan Datuk Boy Iman diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Ia susulan dengan kegagalan Boy Iman selaku penghutang penghakiman melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.

Menerusi Harian Metro,  peguam Hizri Hasshan yang mewakili pemiutang penghakiman selaku pihak yang memfailkan tuntutan memaklumkan bahawa Boy Iman menerusi syarikatnya, DBI Technology Sdh Bhd ada melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dikenali DBI Homes sekitar 2017 lalu.

 

Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.”

Boy Iman

Katanya lagi, rumah itu patutnya siap dalam tempoh enam bulan, tapi tidak menjadi dan pemiutang sedar bahawa dia telah ditipu. Pemiutang mahu batalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula tapi pihak Boy Iman mendiamkan diri.

 “Anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa scam”

Tambah Hizri, tuntutan kes yang berlangsung dari 2019 itu akhirnya dapat diselesaikan hari ini apabila mahkamah memutuskan Boy Iman diisytihar muflis.

Prosiding guaman sivil sudah dilakukan dalam tempoh itu dan pihak Boy Iman gagal membuat pembelaan diri terhadap tuntutan dibuat. Sehubungan itu, prosiding kebankrapan difailkan terhadap Boy Iman.

Dalam pada itu, Hizri turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam sebarang keputusan mahu dibuat membabitkan kewangan supaya tidak menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

 

Baca : “PhD berbelon-belon, baru sibuk nak ambil master” – Netizen Pelik Kenapa Dato Boy Iman Sudah Ada PhD Tapi Baru Nak Apply Master

Boyiman

Sumber: Murai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.