in

“Allahuakhbar kenapa…” – Penggali Kubur Kongsi Kisah Sedih, Jenazah Bayi Tak Dituntut Hampir Setahun

Jenazah Bayi Tak Dituntut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, begitulah kitaran hidup di bumi ini. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menyayat hati di TikTok, seorang penggali kubur berkongsi kisah sedih beberapa jenazah yang tidak dituntut hampir setahun.


@deedee_zidee

Moga Di Tempatkan Pada Golongan Orang Yang Beriman . #DiariSeorangPenggaliKubur #kubur

♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling

Perkongsian @deedee_zidee itu meruntun hati ramai netizen apabila di dalam video berkenaan dia menjelaskan terdapat 1 jenazah pesakit Covid-19, 1 jenazah bayi 9 bulan dan 10 anggota kaki yang kesemuanya tidak dituntut hampir setahun.

Difahamkan, kesemua jenazah itu dihantar oleh pihak hospital untuk dikebumikan selepas tiada mana pihak dan individu yang menuntutnya.

“Moga ditempatkan pada golongan orang yang beriman”

Video pendek itu memberi impak yang mendalam kepada netizen, rata-rata sayu serta sebak mengenangkan bayi berusia 9 bulan serta pesakit Covid-19 itu tidak dituntut.

Cats 62

Ramai yang turut bertanya apakah yang dimaksudkan dengan 10 anggota kaki, penggali kubur itu memberitahu, ianya anggota badan yang dipotong berkemungkinan daripada penyakit atau kemalangan.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat hampir 400K tontonan serta lebih 500 komen.

Sama-sama kita doakan mereka ya…

Baca: Tergamaknya! Wanita 2 Kali ‘Buang’ Bayi Di Hospital Sama Tak Sampai Setahun

Dua Kali Buang Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.