in

“Allah Maha Besar” – Naim Daniel Buat Laporan Polis Lepas Terima Ugutan Ancam Nyawa Ibu Bapa

Syaz Ft 63

Ramai selebriti tempatan yang menggunakan platform media sosial mereka sebagai salah satu cara untuk menunjukkan solidariti bersama tanah Palestin yang kini sudah berhadapan dengan peperangan.

Baru-baru ini, beberapa orang selebriti tempatan termasuk dalam senarai blockout kerana tidak menunjukkan tanda sokongan terhadap apa yang dilalui di negara Palestin atau masih menyokong jenama-jenama yang berkait dengan Israel.

Artikel berkaitan: “Jika ini sebahagian cara untuk blockout” –  Naim Daniel Templak Netizen Yang Hina Melampau

Artikel berkaitan: “Tak semua orang perlu buat podcast” – Naim Daniel Bidas Pempengaruh Anggap SPM Tak Ada Nilai

Terbaru, penyanyi dan pelakon Naim Daniel menjadi bangsa buli siber apabila terdapat ugutan bunuh kepada kedua-dua ibu bapanya hanya kerana dia menegur segelintir netizen yang terlalu obses dengan gerakan boikot ini sehingga menghina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Menerusi laman Instagram miliknya, pelantun lagu Sumpah itu meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir netizen yang melampaui batas dan dia juga mendapat ugutan yang sangat merisaukan.

Susulan itu, Naim dalam IG Story miliknya telah memuat naik akaun pelaku itu tanpa censored dan kemudiannya memuat naik yang dia kini sedang berada di balai polis untuk tindakan lanjut.

Setakat artikel ini ditulis masih belum ada laporan penuh mengenai laporan Naim Daniel itu.

Harap yang terbaik buat Naim….

Sumber: Instagram