in

“Allah hantar kami tepat pada masanya” – Sikap ‘Mat Motor’ Dipuji Netizen, Bantu Mangsa Dalam Kereta Terbakar

Accident 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka konvoi geng ‘mat motor’ berubah menjadi misi menyelamat pula apabila kumpulan tersebut katanya telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam kereta yang terbakar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Simpang Ampat, Melaka semalam. Wah! 


Menurut Harian Metro, sikap keberanian Wan Mohd Arief dan rakan-rakannya itu telah mendapat pujian netizen di media sosial apabila sanggup menggadai nyawa demi selamatkan orang lain.

“ALLAH SWT hantar kami tepat pada masanya untuk membantu menarik keluar pemandu yang terperangkap dalam kereta sedang marak terbakar,” kata Wan Mohd Arief, 26.

117445382 2806846039552863 7358718139535727144 N

117713695 2806846099552857 4934874225318998222 N

Tambah Wan Mohd Arief, dia bersama 80 rakan dari kelab Kroni Y15 Grey Malaysia berkonvoi pulang ke ibu kota selepas selesai program bersama anak yatim di Melaka.

Ketika menghampiri lokasi kejadian, dia melihat kereta Honda City terbakar sebelum terbalik di kiri laluan lebuh raya.

“Tanpa berfikir panjang saya bersama beberapa rakan lain terus menghampiri kereta itu.

“Kami segera menarik keluar seorang lelaki di tempat duduk pemandu dalam keadaan api sedang marak,” katanya.

'Kami tarik keluar mangsa, ketika api marak'"ALLAH SWT hantar kami tepat pada masanya untuk membantu menarik keluar…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Ahad, 16 Ogos 2020

 

Walaupun situasi itu agak berisiko, dia dan rakan tiada pilihan lain selain berserah kepada Allah SWT sekiranya terjadi perkara buruk.

“Namun saya bersyukur berjaya menyelamatkan nyawa mangsa. Ini adalah bantuan dari Allah SWT yang memberikan saya dan rakan keberanian untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Selepas beberapa minit kejadian berlaku, pasukan peronda lebuh raya, bomba dan ambulans tiba di tempat kejadian untuk memberi bantuan.

 

“Alhamdulillah hari ini kita tolong orang, tak mustahil satu hari orang tolong kita pulak” 

Keberanian geng mat motor tersebut telah mendapat pujian netizen di Facebook yang berharap janganlah kita memandang hina terhadap mereka yang menunggang motor. Bukan semuanya mat rempit tau.

Hebat

Satu kebaikan yang kita buat hari ini, pasti akan dibalas dengan seribu kebaikan di masa hadapan. 

Baca: “Ini lah nilai murni orang Malaysia” – Respek! Netizen Kagum Tengok Bangsa Lain Tolong Rider Melayu Yang Kemalangan

Rider

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.