in

“Alhamdulillah semua selamat” – Tak Sanggup Tinggalkan 32 Ekor Kucing Kesayangan, Dua Beradik Rela Duduk Dalam Banjir

Ft Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Yang penting mereka selamat.”


Pencinta haiwan acap kali menyebut ayat ini jika sesuatu berlaku yang memberi kesan kepada haiwan peliharaan mereka tak kiralah situasi sakit kerana penyakit mahupun bencana alam.

Namun, sebagaimana sanggupkah korang mengorbankan sesuatu demi mereka?

 

32 ekor kucing ATAU peralatan rumah bernilai hampir RM10K?

32 ekor kucinglah jawapannya!

Rumah dua beradik ini ditakdirkan menjadi antara 30 rumah di Bukit Kecil yang dilanda banjir kilat buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun ekoran hujan lebat luar biasa dan fenomena air pasang.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam semalam, Azila Omar, 45, dan adiknya, Azmi, 38, bergegas pulang sebaik mengetahui rumah mereka dilanda banjir kerana terlampau risau dengan keselamatan 32 ekor kucing mereka.

Katanya waktu itu, mereka sedang dalam perjalanan pulang dari pasaraya. Syukurlah kesemuanya ditemui selamat.

Comelnya kucing-kucing dia, banyak oyen! 

Kucing Kucing2

Setelah tiba, dua beradik berkenaan mencari di sekeliling rumah mengalihkan haiwan comel ini ke atas tempat yang lebih tinggi. Kosmo melaporkan semasa mereka tiba ada beberapa kucingnya yang berada dalam air.

Kucing1

Macam main kapal-kapal min tengok.

 

95 peratus perkakasan rumah rosak

Kata Azila kepada sumber, disebabkan busy sangat tolong kucing, dorang sampai tak sempat nak selamatkan perabot dan perkakas elektrik dalam rumah.

Nilai kerugian keseluruhannya lebih kurang RM10,000 tapi tak mengapa ujarnya.

Barang-barang itu boleh diganti jika ada rezeki lebih nanti, yang penting nyawa kucing-kucing kesayangan kami.”

Mereka juga membuat keputusan untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana jika pindah ke sana mereka tak boleh bawa kesemua kucingnya itu.

Oleh kerana itu, mereka rela tinggal di rumah yang dinaiki air. Mereka juga meyakini air akan surut tak lama lagi.

Ya Allah comel-comel kucingnyaaaaaaaa. Apa pun min harap semuanya selamat.

 

Baca : “480 kucing & 12 anjing” – Wanita ‘Relaks’ Bela 492 Haiwan Peliharaan Dalam Rumah

Ft Kucing Final 3

Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.