in

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim” – Michael Ang

Michaelang3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali menjayakan drama-drama Melayu, dan dikelilingi oleh umat-umat islam, Penerbit dan Pengarah Michael Ang kini sudah memeluk agama islam. Alhamdulillah hadir lagi saudara baru.


Menurut Astro Gempak, MIchael Ang sebenarnya sudah memeluk islam sejak setahun yang lalu. Pengakuan itu dibuat melalui sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X.

 

“Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah” – Michael Ang Hai Swee

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.”

“Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.”

“Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar.”

“Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah”

Malah, sebelum ini, Michael dikatakan sudah bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Malah terbaru, dalam Instagram miliknya Michael ada muat naik kalimah Allah, dan membuat pengakuan secara terbuka.

 

Baca : Pakcik ni Allahu baik sangat” – Netizen Terharu Lihat Kegigihan Mualaf Cina Ini Buka Restoran, Bersungguh Jaga Pelanggan.

Mualaf

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.