“Alasan sebab masa solat jumaat terlalu lama”- Majikan Larang Operator Kren Solat Jumaat, Rupanya Isu Ini Dah Lama

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Alasannya adalah masa solat Jumaat yang terlalu panjang dan akan menjejaskan kos masa operasi projek.

Itu alasan bijak yang diberikan majikan (bukan beragama Islam) kepada operator kren menara bagi tidak mengizinkan mereka menunaikan solat jumaat, lapor Malaysia Gazette.

Sumber: Harian Metro

Timbalan Presiden Persatuan Pekerja Mahir Kren Menara Malaysia (PERKREMA), Raziz Abd Rahman berkata boleh dikatakan pihaknya menerima sekurang-kurangnya 10 aduan daripada operator kren menara pada setiap hari Jumaat berhubung isu tersebut.

Isu itu sudah lama berlaku dan semakin menjadi-jadi membabitkan lebih 200 operator kren di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.”

Katanya situasi ini menyebabkan pekerja tertekan dan terpaksa akur kerana bimbang akan dipecat.

Gambar hiasan

Oleh itu katanya ramai operator kren yang terpaksa ‘mengikut’ arahan yang diberikan oleh majikan mereka itu.

“Operator bimbang untuk mengadu kerana takut diberhentikan kerja dalam keadaan kesukaran mendapatkan kerja ketika ini.

“Oleh itu ramai operator yang pasrah dan menyerah.

Raziz berkata selain aduan ke jabatan tenaga kerja, pihaknya juga akan menyerahkan petisyen kepada Datuk Seri Dr Mujahid bagi mendapatkan nasihat dan tindakan sewajarnya.

Pada masa sama, PERKREMA turut mencadangkan kepada majikan supaya memberi ruang kepada pekerja antara jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang untuk tunaikan solat jumaat.

“Mengikut Seksyen 60A(1) Akta Kerja 1955 pihak majikan hendaklah memberi pelepasan kepada pekerja beragama Islam untuk menunaikan sembahyang, iaitu sekurang-kurang 20 minit bagi setiap waktu solat dan sekurang-kurang satu jam 30 minit bagi solat.”

 

Baca : Tragedi: 5 Kes Runtuhan Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.