Kontroversi dua pelakon muda Mia Sara dan Puteri Balqis baru-baru ini ternyata masih lagi menjadi topik panas di media sosial sehingga ke hari ini.
Sebelum ini, satu posting telah dimuat naik oleh Puteri Balqis pada dua hari lepas berkenaan isu didakwa tiada didikan agama oleh Mia Sara dalam beberapa komen di laman TikTok.
Oleh hal yang demikian, di laman Twitter semalam, telah trending sekali lagi nama Mia Sara berikutan satu permohonan maaf telah dibuat oleh Puteri Balqis menerusi akaun peribadi Instagramnya.
https://www.instagram.com/tv/CZzX5fPp-pq/?utm_medium=copy_link
Permohonan maaf berdurasi 1.25 minit ini telah dimuat naik oleh Puteri Balqis pada malam semalam. Aqish yang baru berusia 15 tahun itu kelihatan sangat matang membuat permohonan maaf tersebut. Bukan sahaja kepada Mia Sara, tetapi Aqish juga memohon maaf kepada bapa Mia serta rakan-rakan dan peminatnya.
“Aqish dengan ibu buat hal kami sendiri, dan kami tak kacau orang…”
Menurut Aqish, hal yang membuatnya tersinggung ialah apabila dia difitnah tidak menerima didikan agama sejak kecil. Hal ini kerana dakwaan tersebut telah melibatkan seluruh keluarganya di mana dia hanya mempunyai ibunya sahaja.
Berikutan itu, Aqish memberitahu bahawa dia tidak tunjuk rasa cintanya kepada Tuhan melalui gambar, namun katanya ramai yang tak sedar bahawa dia menunjukkan rasa cintanya pada Yang Maha Esa melalui puisi dan penulisan.
“Jangan ulangi semua yang awak pernah buat pada saya lagi…”
Di samping itu, Aqish juga memohon agar Mia tidak lagi mengulangi kesilapan sama yang pernah dia lakukan kepada Aqish dan berharap agar mereka berdua dapat meneruskan kehidupan masing-masing.
Buat peminat Aqish pula, dia sangat berterima kasih kepada semua kerana telah memberi sokongan padanya. Dia juga mengingatkan semua agar sentiasa endahkan apa sahaja anggapan orang lain dan teruskan membuat kebaikan.
Bagus Aqish ni…tak payah pun nak besarkan isu. Semoga masalah diorang ni cepat settle lah. Takbaik gaduh lama-lama…
Baca: “She’s not my friend”-Pelakon Cilik Mia Sara Puteri Balqis Bergaduh?