in

“She’s not my friend” – Pelakon Cilik Mia Sara & Puteri Balqis Bergaduh?

Page Balqis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je kan yang tak kenal pelakon cilik yang mula menjejakkan diri sebagai pelakon seawal usia 4 tahun, Mia Sara atau nama penuhnya Mia Sara Nasuha dan kini telahpun berusia 17 tahun!

Mula terkenal dengan watak yang sinonim bersama pelakon Lisa Surihani kini dilihatkan semakin cantik dan ayu. Sejak kebelakangan ini, nama Mia Sara kembali menjadi sebutan ramai di media sosial.


Terkini, difahamkan Mia Sara telah menyentuh kehidupan peribadi salah seorang pelakon cilik, Puteri Balqis. Disebabkan itu, Puteri Balqis memuatnaik gambar-gambar komen yang dibuat oleh Mia Sara di akaun Instagram miliknya @morosechild.

https://www.instagram.com/p/CZvPOQfvRhC/?utm_medium=copy_link

Puteri Balqis menulis kapsyen sebagai teguran kepada Mia Sara kerana komen-komen tersebut disifatkan agak keterlaluan baginya dan antara komen yang ditekankan adalah mengenai kurang didikan agama dari ibu kepada Puteri Balqis.

“Dari lubuk hati saya, ia sangat menyakitkan saya. Ini ibu saya yang awak cakapkan. SATU-SATUNYA wanita dan orang yang paling menyayangi saya, dan ia adalah satu kepedihan yang tak tertanggung” – Puteri Balqis

Tegasnya lagi, walaupun kedua-dua mereka mempunyai personaliti yang berbeza, dia masih dididik oleh ibunya untuk sentiasa bersangka baik kepada orang lain walaupun penampilannya sering dipandang serong oleh orang ramai.

“Sudah-sudah lah tu…”

Sementara itu, di Twitter pula, rata-rata meminta agar Mia Sara untuk bertenang terlebih dahulu dari membuat sebarang kenyataan yang boleh mengundang salah faham kepada pengguna media sosial yang lain.

Miasara

Bukan itu sahaja, ada juga yang menasihati agar mereka berdua tidak membesar-besarkan lagi isu tersebut. Ini kerana, title Mia Sara dan juga Puteri Balqis sebagai selebriti boleh mengeruhkan lagi keadaan selain menjadi buah mulut orang.

Tak sangka dua-dua orang ni dah membesar jadi gadis ayu… Min harap janganlah lama-lama gaduh tu ya? Lagi elok kalau jumpa and settlekan depan-depan.

Baca: “Orang kepoh ni ada function dia” – Kantoikan Mak Puteri Balqis, Netizen Sokong Aliff Syukri Bongkar Kes Balu Abam

Untitled 2 4

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.