in

“Aku tak cintakan kau lagi” – Kata-kata Akhir Remaja 14 Tahun Sebelum Maut Ditikam 20 Kali Oleh Suami

Selmi5

Perang mulut yang berakhir dengan tragedi, remaja 14 tahun maut ditikam oleh suaminya yang berusia 20 tahun sebanyak 20 kali.

 

Kamaluddin & Selmi

Kamaluddin dan Selmi berkahwin pada 4 Oktober lalu. Pasangan ini dikatakan sudah lama bercinta sebelum meneruskannya ke lembah perkahwinan.

Tapi walaupun berkahwin atas dasar suka sama suka, mereka sering bertengkar sepanjang sebulan perkahwinan ini.

Selmi1

 

Firasat Selmi jadi kenyataan…

Difahamkan sejurus lepas perkahwinan, mereka tinggal di rumah orang tua Selmi. Sebulan kemudian si suami mengajaknya untuk tinggal di kampung belah keluarganya pula.

Selmi pada awalnya berkeras tak mahu pergi namun akhirnya akur selepas dipujuk oleh ibu bapanya. Sebelum pergi meninggalkan rumah, Selmi seakan-akan tahu nasibnya yang bakal menimpa. Dia mengatakan jika dia pergi hanya jasadnya yang akan pulang.

Kalau paksa saya pergi, hanya jasad yang kembali…”

 

‘Sudah tak cinta’

Rakan mangsa mendedahkan dia pernah diberitahu oleh Selmi yang dia sudah tidak mencintai lelaki itu selepas sebulan berkahwin.

“Yang saya tahu, dia sudah tidak lagi mahu dengan suaminya. Dia kemudian meluahkan perasaannya itu yang mungkin membuatkan suaminya marah.”

 

Ditikam tanpa belas kasihan

Pada jam 11 malam, 19 November 2020, pasangan itu bertengkar namun berjaya dileraikan oleh ibu bapa dan ibu saudara suspek. Tetapi pertengkaran itu berlaku sekali lagi pada Jumaat, 20 November 2020 pada jam 2 pagi tapi kali ini mereka gagal dileraikan.

Selmi1.1

Cubaan suspek untuk menikam mangsa pertama kalinya gagal kerana mangsa mengelak kemudian lompat keluar dari rumah bagaimanapun malang buatnya, dia jatuh tersungkur.

Di kesempatan itu, si suami tanpa belas kasihan lompat di atas badan mangsa dan mula menikam berulang kali dengan pisau sehingga nyawanya melayang.

Selmi ditikam sebanyak 20 kali di beberapa bahagian termasuk leher, punggung, perut, bahu, dada, telinga, lengan dan tangan.

Melihat jasad tak bernyawa, si suami lari dari lokasi kejadian di Lingkungan Harapan Tallumae, Mukim Bukaka, Daerah Tanete Riattang, Bone Sulawesi Selatan, Indonesia.

 

Suspek ada rekod bunuh

Menurut tribunnews, suspek mempunyai rekod jenayah lampau juga jenayah bunuh dengan cara yang sama pada 2017. Sepatutnya Kamaluddin perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun bagaimanapun sumber tak pasti bagaimana dia boleh dibebaskan sebelum berkahwin 8 bulan kemudian.

Motif sebenar pembunuhan masih disiasat, kini Kamaluddin masih diburu.

Kejam!

 

Baca : Kejam! Lelaki Hantar Gambar Mayat Isteri Pada Mertua Lepas Bunuh Depan Anak-Anak

Dmitry 1

Sumber: makkasar
Sumber: tribunnews