in

Kejam! Lelaki Hantar Gambar Mayat Isteri Pada Mertua Lepas Bunuh Depan Anak-Anak

Dmitry 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang berasal dari Zlatoust, Rusia dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah memukul isterinya sehingga mati.


Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit juga sempat mengirim gambar mayat isterinya itu kepada keluarga mertuanya dengan menyatakan bahawa wanita itu mabuk.

Dmitry Sergeev E1606030980334

Memetik laporan The Sun, kejadian itu terjadi selepas suspek, Dmitry Sergeev, 26, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk usai berparti dengan rakan-rakannya. Difahamkan, isterinya, Svetlana, 26, tidak membenarkan suspek masuk ke rumah.

Berang dengan tindakan mangsa, suspek difahamkan telah memecah masuk ke dalam rumahnya sendiri melalui tingkap sebelum membelasah isterinya sehingga mati sebagai hukuman.

Mangsa dipukul sehingga mati di hadapan anak-anaknya

Svetlana

Berdasarkan dokumen mahkamah, setelah mangsa tidak lagi bergerak, suspek dikatakan telah mengambil beberapa keping gambar mayat mangsa sebelum mengirimnya kepada keluarga Svetlana.

Seorang jiran yang tampil di mahkamah memberitahu bahawa Dmitry ada datang ke rumahnya selepas kejadian dan menunjukkan gambar Svetlana yang terkulai.

“Dmitry memberitahu saya bahawa Svetlana merupakan seorang kaki botol dan dia sudah tidak tahan dengan perangai isterinya itu,” kata jiran berkenaan.

Jiran tersebut kemudiannya pergi sendiri ke rumah suspek dan menemukan mayat Svetlana. Lebih menyayat hati, anak lelaki mangsa yang berusia lima tahun dan bayi perempuannya yang berumur 10 bulan dilihat sedang cuba mengejutkan ibu mereka.

Hasil bedah siasat mendedahkan punca kematian Svetlana adalah kerana serangan jantung yang berlaku semasa dia teruk dibelasah.

Dmitry 01

Meskipun suspek telah dijatuhkan hukuman, kedua ibu bapa Svetlana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan beranggapan hukuman berkenaan terlalu ringan.

“Keputusan ini tidak adil kerana ini adalah satu pembunuhan. Kami sedih ketika melihat mayat Svetlana yang dipenuhi lebam,” kata bapa mangsa, Anatoly Chiglinstev.

Apa korang rasa pasal hukuman ni? Tinggalkan komen anda di ruangan komen

Sumber: The Sun

Baca: “Pijak, tendang, cekik isteri” – Wanita Dipukul, Diugut Bunuh Sebab Tegur Suami Selalu Bawa Anak Perempuan Pergi Minum Arak

Bagan4 E1606034506305

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.