Malam semalam, ramai yang terkejut bila melihat bekas pelajar AF, Nonny Nadirah yang telah pun berhijrah tiba-tiba memadam semua gambarnya di Instagram dan memuat naik gambar tanpa memakai hijab dan berpakaian seksi.
Ekoran dari ini, Mila Jirin yang juga merupakan bekas pelajar AF telah memuat naik videonya bersama Nonny ketika mereka pergi ke Mekah dan Madinah bersama-sama.
Seiring video tersebut, Mila turut kongsikan nukilan untuk sahabatnya itu meminta agar dia tak berubah dan mensia-siakan hidayah yang diberikan.
Menurut Mila, ketika dia dan Nonny pergi menunaikan umrah bersama-sama, sahabatnya itu telah membuat keputusan untuk berhijrah dan dia merupakan orang yang paling gembira mendengar khabar tersebut.
Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG mu…Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non…. Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu.”
Mila turut menasihatkan Nonny untuk melawan godaan syaitan dan jangan membuat perkara yang bercanggah dari perintah Allah. Tak cukup dengan itu, Mila turut memberitahu yang dia sempat bercakap mengenai perkara ini dengan Heliza Hilmi.
Kami berdua sangat sedih non! jika mu sangat sayang persahabatan kita, non tolong! ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dah Allah hadiahkan buat mu.”
Tambahnya lagi, bila dia dapat tahu tentang posting IG terbaru Nonny, dia seakan tak percaya dan yakin bahawa akaun milik sahabatnya itu telah digodam.
Ku 100% percaya itu bukan mu! Ku cakap pada diri ku..IG mu kena hack ni…tapi non…LULUH HATI KU NON…Sedih sangat sedih…Ku rasa macam nak ke sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!”
Korang boleh baca nukilan penuh Mila untuk Nonny ni dekat bawah ni:
https://www.instagram.com/tv/CM3HyVnAZjI/?utm_source=ig_embed
Netizen yang melihat perkongsian dari Mila ini turut mendoakan Nonny agar kuat melawan dugaan ini dan mendengar nasihat sahabatnya itu.