in

“Aku kenal siapa kau” – Zed Zaidi Bagi Amaran Keras Kepada 2 Artis Tular Berc*molot Di Photobooth

ft zed zaidi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi memberi amaran keras buat dua orang pelakon yang tular kerana berkelakuan tidak senonoh di sebuah photobooth baru-baru ini.

Tegasnya, SENIMAN tidak akan teragak-agak untuk kenakan tindakan buat kedua-dua pelakon ini sekiranya perkara tersebut berulang kembali.


Artikel berkaitan : Zed Zaidi Kongsi Video Pelaku Pukul Kamal Adli Dicekup

Artikel berkaitan : Terima Aduan Terlalu Kerap Buat ‘Swab Test’, Zed Zaidi Cadang Kerajaan Beri Vaksin Kepada Selebriti Dahulu

 

Aku kenal siapa kau – Zed Zaidi

Screenshot 2025 09 02 143610

Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Sembilu Kasih itu memberikan peringatan tegas buat artis terutamanya artis-artis baharu agar sentiasa berhati-hati dengan tindak-tanduk mereka.

“Ni satu amaran dan peringatan kepada artis-artis baru terutama sekali yang nak mula culture shock dengan populariti mereka, mungkin ini perkara baru sebab mereka bila dah jadi seorang figura awam.”

“Jadi saya mengingatkan supaya berhati-hati dengan tindak tanduk kita kerana kita ini akan diperhatikan oleh semua pihak. Memandangkan kita ada media sosial ataupun ramai wartawan-wartawan yang tak bertauliah, dia akan merakamkan benda yang baik dan tak baik kepada kita sebagai figura awam.”

Oleh itu, Zed Zaidi memohon agar kedua-dua artis yang terlibat dalam kes tersebut untuk tidak mencemarkan industri seni dan memberi pesanan sinis agar berkahwin untuk tutup isu ini.

“Kepada artis yang bercumbu-cumbuan atapun melakukan perkara yang tak senonoh baru-baru ini, kau jangan buat busuk nama industri, kalau kau rasa-rasa nak buat benda macam tu, kau kahwin je lah jadi tutup isu ni dan secara tak langsung ia tak melibatkan industri dipandang masyarakat dengan benda-benda negatif.”

Di samping itu, Zed juga memberi amaran kerana kepada dua pelakon terbabit dan akan melakukan tindakan jika perkara tersebut berulang lagi.

“Saya sebagai presiden SENIMAN, isu ini akan dikenakan tindakan amaran sebagai peringataan kepada artis-artis yang buat perkara tak senonoh ni.”

“Jadi tindakan tu mungkin kalau kedua dan ketiga mungkin tindakan keras atau serius akan diambil, sebab kita tak mahu ada penggiat seni yang mencemarkan industri kreatif kita dengan perkara yang negatif dan membawa nama yang tidak baik kepada industri seni Malaysia.”

Screenshot 2025 09 02 153556

Tidak cukup dengan itu, Zed Zaidi menegaskan yang dia ambil cakna dan mengenali kedua-dua artis terbabit dan manyatakan bahawa segala maklumat mengenai artis-artis Malaysia ada di tangan SENIMAN.

“Untuk pengetahuan korang apa sahaja isu dalam industri seni ini termasuklah artis yang bercumbuan tu aku kenal siapa kau.”

“Kau memang artis yang memang dikenali, jadi kau jangan sampai ada tindakan tertentu daripada SENIMAN kepada kau. Kau kena hati-hati dan kau jangan ingat aku tak ingat kau. Jadi, hati-hati sebab maklumat mengenai korang semua ada di tangan SENIMAN.”

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.