in

Terima Aduan Terlalu Kerap Buat ‘Swab Test’, Zed Zaidi Cadang Kerajaan Beri Vaksin Kepada Selebriti Dahulu

Kerap Buat Swab Test

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali ada projek baru atau harus masuk set untuk shooting drama mahupun filem terbaru, golongan penggiat seni diminta untuk melakukan ujian calitan atau swab test demi memastikan mereka tidak dijangkiti wabak COVID 19.


Swab
Janna nick buat swab test

Walau bagaimanapun, SOP yang ditetapkan ini rupa-rupanya menjadi satu bebanan pula apabila Presiden Seniman, Zed Zaidi memberitahu yang dia menerima aduan bahawa penggiat seni berasa tidak selesa kerana terlalu kerap melakukan swab test.

Menurut mStar, Zed kemudian mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk beri suntikan vaksin terlebih dahulu kepada golongan selebriti. 

 

“Negara luar guna pengaruh selebriti untuk beritahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat” 

Tambahnya lagi, kerajaan juga sepatutnya ‘mempergunakan’ pengaruh besar yang dimiliki anak seni untuk sebarkan pengetahuan dan kebaikan vaksin COVID 19 kepada rakyat lain.

Zed2 620X372 1

Kalau kita perhatikan banyak negara luar memanfaatkan dan menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu dalam memberitahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat mereka. 

“Kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di sini. Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi COVID 19 melalui media sosial para selebriti tersebut. 

“Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah,” katanya.

Zed Zaidi juga mengambil contoh seperti di Indonesia yang mana mereka melantik golongan selebriti sebagai ikon dan menjadi antara yang terawal menerima vaksin.

Perkara ini katanya dapat meyakinkan rakyat dan menolak gerakan anti-vaksin yang turut dilaungkan oleh beberapa selebriti sebelum ini.

 

Longgarkan SOP bagi ringankan beban artis untuk berkarya

Dalam pada itu, Zed juga memohon kerajaan pertimbangkan kekerapan ujian calitan yang terpaksa dilakukan selebriti setiap kali memulakan satu projek baru.

Dia juga berharap SOP bagi tujuan itu dilonggarkan bagi ringankan beban mereka untuk terus berkarya.

Lakonan

Seniman terima banyak aduan daripada artis lebih-lebih daripada pelakon yang mana mereka perlu melakukan banyak kali swab test. Bila ada banyak job, kena buat swab test banyak kali. 

“Ada yang sampai fed up nak buat swab test banyak kali, dahlah sekarang susah untuk mereka dapat job

“Kalau dah dapat vaksin, tak perlulah mereka banyak kali buat swab test setiap kali dapat offer kerja. Dari situ dah dapat jimat kos… ingat tak sakit hidung ke cucuk banyak kali?” katanya.

Hmm kesian juga ye kena swab test banyak kali… tapi korang rasa macam mana? Wajar ke artis terima vaksin dulu? 

Baca: “Setiap kali masuk set kena swab” – Tak Tahan Seminggu Sekali Kena Swab Test, Janna Nick Harap Cepat Terima Vaksin

Janna

Sumber: Instagram
Sumber: Blog
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.