in

Akaun Bank Dibeku Masa Buat Pembedahan Plastik, Bintang TikTok Pakistan Pasrah Bibir Bengkak Sebelah

Hareem Shah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat akaun bank dibekukan semasa sedang melakukan prosedur pembedahan plastik, seorang bintang TikTok Pakistan pasrah apabila terpaksa pulang dengan keadaan bibir sebelahnya bengkak.

2022 2Largeimg 665847635 E1644029305267

Memetik laporan India Today, Hareem Shah berkongsi pengalaman malangnya itu menerusi akaun Instagram miliknya yang turut memaparkan keadaan terkini bibirnya yang bengkak sebelah.


Jelas Hareem, dia sedang berada di United Kingdom (UK) ketika ini bagi menjalankan prosedur terbabit. Pun begitu, ketika doktor baru sahaja menyuntik filler pada sebelah bibirnya, Hareem menerima satu panggilan yang memberitahu akaun banknya telah dibekukan oleh Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) negaranya.

“Oleh kerana akaun saya dibekukan, saya pun buat keputusan untuk tinggalkan pembedahan walaupun masih belum siap sebab saya tak mampu nak bayar kosnya yang mahal,” kata Hareem.

Hareem E1644029606220

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan FIA bertindak membekukan akaun bank Hareem selepas mengesyaki bintang TikTok itu terlibat dalam penggubahan wang haram. Segalanya bermula pada 12 Januari lalu apabila Hareem ada memuat naik satu video di media sosial mendakwa dia mengembara dari Pakistan ke UK dengan sejumlah wang yang banyak.

Menurut laman web Pakistan’s Federal Board of Revenue, pelancong boleh membawa seberapa banyak jumlah wang asing memasuki Pakistan, namun, jika seseorang itu mahu membawa keluar wang asing dari Pakistan, jumlah maksimum yang dibenarkan hanyalah $10,000 tanpa syarat.

Hareem Shah Spotted With Heaps Of Money Here S Why 1641971966 1679 E1644029256734

Menerusi video yang dimuat naik Hareem, wanita terbabit dilihat bersama duit pound British yang banyak sambil menjelaskan ini merupakan kali pertama dia membawa wang sebanyak ini dari Pakistan ke London.

Tak cukup dengan itu, Hareem juga telah mengkritik kerajaan Pakistan kerana tak menunaikan janji mereka untuk menaikkan nilai mata wang Pakistan dan nilai passport negara itu.

Selain itu, Hareem juga berkata, tiada siapa yang menghalangnya daripada membawa keluar wang asing dengan jumlah yang banyak itu.

Sumber: India Today

Baca: “Ratu dah operate semua..kecuali bawah” – Safiey Illias Mengaku Mula Buat Pembedahan Plastik Sejak Umur 17 Tahun

Safiey Illias Bedah Wajah Sejak Umur 17 Tahun E1644028228400

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.