in

“Akan diuji Januari nanti” – ART Bakal Digunakan Sebagai Pengangkutan Awam Di Cyberjaya

Art Cyberjaya In 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Johor, nampaknya Automated Rapid Transit (ART) bakal diperkenalkan sebagai salah satu pengangkutan awam di Cyberjaya menurut Presiden Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abd Hamid Hussain baru-baru ini. 


Dalam kenyataan yang dibuat, difahamkan sistem berkenaan bakal menjalani tempoh ujian selama tiga bulan bermula Januari 2022 dan bakal dijalankan di laluan antara Persiaran Rimba Permai-Persiaran Bestari.

Ujian berkenaan difahamkan bertujuan untuk menguji kemampuan kenderaan berkenaan selain penggunaan teknologi hijau di kawasan Cyberjaya tersebut.

Art Cyberjaya

“Konsep ‘kenderaan hijau’ sebagai pengangkutan awam amat sesuai dengan visi majlis berkonsepkan bandar rendah karbon dan pintar”

Difahamkan, sekiranya projek ini berjalan dengan lancar, Cyberjaya bakal mencapai tahap pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40% menjelang 2030 dan sekiranya semua berjalan lancar, ada kemungkinan projek pilot ini dipercepatkan pada hujung tahun ini, tambah Abd Hamid lagi.

Konsep ART ini boleh dikatakan gabungan antara bas, trem serta rel ringan, dalam erti kata lain ia sama seperti keretapi elektrik, cuma ia akan digunakan diatas jalan raya sambil dibantu oleh trek maya dan penandaan di jalan raya.

Art Johor Medini

Tambah Abd Hamid lagi, ART ini boleh menampung sehingga 307 orang penumpang dalam satu masa dan ia mampu mencapai kelajuan sehingga 70km per jam selain boleh beroperasi secara automatik (tanpa pemandu) atau secara manual, dengan adanya pemandu.

Cyberjaya akan menjadi bandar kedua di negara ini yang menggunakan sistem ART, setelah penyedia perkhidmatan tersebut, Mobilus Sdn Bhd menyelesaikan percubaan empat bulan pada Jumaat lalu bagi Transit Rapid Transit (BRT) Iskandar Malaysia.

Difahamkan, pihak berkuasa di Kuching dan kerajaan Sarawak juga telah turut menyatakan minat untuk menguji sistem ART pada tahun 2022.

Harap ianya bakal diluaskan atau digunakan secara meluas. Tak adelah Malaysia ni jem sangat nanti. 

Baca : Penjawat Awam Selepas Ini Boleh Renew Cukai Jalan & Bayar Insurans Kenderaan Secara Ansuran

Bayaran Ansuran Cukai Jalan Penjawat Awam 1

Sumber: FMT
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.