Nama Dr Amalina Bakri sudah tidak asing lagi meniti di bibir netizen sebagai seorang doktor yang dipercayai dan sering menjadi kaunter pertanyaan bagi mereka yang curious tentang hal kesihatan.
Baru-baru ni, Dr Amalina memuat naik instastory berkisar sesi perkongsian kalau-kalau netizen ada pernah mendengar mitos pelik mengenai kesihatan. Yang paling best, Dr Amalina menerima satu soalan sama ada betul atau tak ‘wanita beranak melalui anus’. Haa?

Soalan tersebut dikongsikan di laman Twitter miliknya.
“Soalan yang saya perlu jawab minggu lepas… ‘wanita beranak melalui anus'”
Menerusi tweetnya, Dr Amalina menjawab satu pertanyaan pelik iaitu betulkah wanita beranak melalui anus atau lubang dubur. Ko biar betul dik yang bertanya ni?
Pening dengan soalan yang dikemukakan netizen, Dr Amalina menganggap ‘ajaran sesat’ macam ni sering muncul kalau satu-satu masyarakat tu tak belajar ‘pendidikan seks’ di sekolah. Alahai macam manalah ada orang boleh percaya benda macam ni ye?

Lagi soalan pelik, kalau baby dalam perut allergic?
Selain daripada tu, ada di kalangan netizen juga bertanya sama ada okay atau tak untuk makan telur selepas bersalin sebab ia sering dikaitkan dengan gatal dan boleh sebabkan bernanah.
Menurut Dr Amalina, perkara tu tak menjadi masalah sebab ayam ialah sumber protein yang baik kecualilah seseorang tu alergik dengan ayam atau telur.
Ayam atau telur tidak membuat nanah atau gatal2. They’re good source of protein. You only need to avoid them if you’re allergic to them. So, janganlah buli ibu-ibu muda tak bagi mereka makan ayam dan telur. https://t.co/scUnPe7kH3
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) November 25, 2019
TETAPI ada pulak di kalangan netizen yang tanya macam mana kalau baby dalam ‘perut’ tu yang alergik? Ahaa… jawapan Dr Amalina memang sempoi betul bila dia kata baby bukannya ada dalam perut (stomach) tapi ada dalam rahim! Alahai…
Baby bukan dalam perut (stomach), baby dalam rahim (uterus). https://t.co/vEmhdTXGr6 pic.twitter.com/tIefISZK0Q
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) November 27, 2019
“Bukan ke time Form 3 belajar chapter reproduction. Tak perlu ambil science stream pun memang semua orang belajar benda ni”
Soalan yang dipaparkan dalam tweet Dr Amalina ni mendapat macam-macam reaksi daripada netizen yang pelik dengan tahap pendidikan netizen terhadap ilmu berkaitan tubuh badan. Tak sangka masih ada yang cetek dalam ilmu pendidikan seks ni.

Macam-macam netizen ni!