Kalau sebut je nama Dr Amalina, sapa je yang tak kenal salah seorang genius anak kelahiran Malaysia yang sekarang sedang bertugas sebagai General Surgeon (Specialist Training) dekat United Kingdom.
Macam yang sebelum ini, Dr Amalina selalu bagi tips dan pendapat mengenai mitos mengenai ilmu perubatan dan kesihatan diri yang sering di momokkan kepada masyarakat Malaysia.
Tapi daripada hasil usaha dia yang dalam pada masa yang sama ingin mendidik masyarakat Malaysia supaya lebih terbuka dengan ilmu perubatan, ada juga sesetengah netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat daripadanya.
Sebelum ini, ada netizen yang bertanya kepada Dr Amalina di laman Twitter mengenai beberapa perkara berpantang yang di amalkan oleh masyarakat Malaysia selepas melahirkan anak.
Apa yang penting adalah amalkan gaya hidup sihat!
Namun begitu, Dr Amalina sekali lagi menerima kritikkan daripada netizen hanya disebabkan dia menyangkal dakwaan tentang beberapa perkara pantang larang ketika ibu yang baru melahirkan anak.
Mereka berpendapat bahawa selagi seseorang itu tidak lagi melahirkan anak dan melalui proses berpantang, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu. Tapi kan dia doktor yang memang ada ilmu dalam bidang tu.
Tidak kurang dari itu, ada juga netizen yang sepertinya menganjing kenyataan Dr Amalina berkaitan berpantang.
Namun Dr tidak mudah melatah dan ini antara jawapan yang dia bagi untuk netizen.
It is not necessary to ‘pantang tradisional’. Bukan wajib. All you need to do is to make sure that you have healthy balanced diet, drink plenty of water, eat fruits and veggies, avoid food that you’re allergic to, look after your wound to avoid infection. https://t.co/brY2QWVz73
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) November 25, 2019
Tapi bagi admin, betul lah apa doktor tu kata, as long korang yang tengah berpantang tu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, semuanya akan jadi okay. Tak salah juga kalau korang nak berpantang cara tradisional. Tapi jangan lah bodoh sombong sangat sampai ilmu yang betul disampaikan pun korang tak nak terima.
Baca: “Malu tapi sedap” – Suami Termakan Godaan Bapa Mertua ‘Kunyit’, Terlanjur Waktu Isteri Berpantang