in

“Air free, cuma bayar logistik” – Iklan Penjualan Air Zam Zam Cetus Tanda Tanya Netizen

jual air zam zam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi jemaah yang menunaikan ibadah umrah atau haji, pastinya air zam zam merupakan salah satu ‘hadiah’ yang akan dibawa pulang ke Malaysia kerana khasiat serta merupakan sebaik-baik air di atas muka bumi ini.

Walaupun air zam zam tidak terputus bekalannya di Makkah dan Madinah, umum mengetahui ia tidak boleh sewenang-wenangnya dibawa pulang secara pukal ke tanah air.


Menurut Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Saudi (GACA), penumpang hanya dibenarkan membeli dan mendaftar masuk satu kotak lima liter air Zamzam yang mesti dibungkus dalam pembungkusan buatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Saudi.

20230623100644 6495afba2c5e85ac8e22616ejpeg

Namun, baru-baru ini, terdapat ‘iklan’ penjualan air zam zam secara besar-besaran di laman Facebook dan ini menyebabkan ramai yang curiga dengan pengiklanan tersebut kerana setiap orang hanya dibenarkan membawa pulang 5 lliter.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan meminta sesiapa yang berminat untuk mendapatkan air zam zam untuk menghubunginya terus di platform WhatsApp.

“Bismillah, Assalamualaikum. Sesiapa yang mencari air zam zam original, boleh hubungi saya untuk urusan jual beli”

F0z fPnaYAICT m

Menurutnya, air zam zam tersebut baru tiba dan sesiapa yang berminat turut boleh membeli air ini secara pukal. Tambahnya lagi, air tersebut adalah percuma, cuma harga yang tertera merupakan kos logistik yang perlu dibayar dari Arab Saudi ke Malaysia melalui kargo laut.

Selain dari itu, individu berkenaan mendakwa ‘lambakan’ air zam zam tersebut adalah inisiatif para mutawif bawa masuk ke Malaysia dan dia boleh poskan ke seluruh Malaysia.

Screenshot 2023 07 14 125141

Perkara ini terus menjadi pertikaian netizen kerana jumlah air zam zam yang berjaya dibawa keluar dan diniagakan ini amat banyak, melebihi kuota yang dibenarkan pihak berkuasa selain ada yang khuatir sekiranya ini merupakan barang curi mahupun scam.

Menerusi ruangan komen, ramai juga yang mempersoalkan jumlah air zam zam yang diperoleh individu berkenaan selain ada juga yang menyatakan adalah satu kesalahan untuk menjual air berkenaan dan larangan penjualan air zam zam bukan perkara baharu berikutan sudah dikuatkuasakan sejak 2012 lagi.

01

Untuk pengetahuan, air zamzam ini termasuk dalam kategori air mineral semula jadi yang telah termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-peraturan Makanan 1985 pihak yang terlibat dan didapati bersalah melakukan kesalahan ini boleh dikenakan penjara tidak lebih dua tahun atau denda sebanyak RM10,000.

Baca : [VIDEO] Tindakan Sekumpulan Jemaah Wanita Negara Seberang Mandi Air Zam-zam Undang Kecaman Netizen

ft mandi zam zam 1

Sumber: Infotel
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.