Benar orang kata, air dicincang tidak akan putus. Itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan hubungan adik beradik penyanyi Shila dan Syada Amzah.
Sebelum ini, terdapat beberapa cerita yang kurang enak didengar di antara kedua-dua adik beradik itu, namun lain pula ceritanya dalam hantaran terbaru di Instagram Syada Amzah.
Artikel berkaitan: “Doakan kami” – Shila Amzah Dedah Anak Sulung Hidap Autisme
Artikel berkaitan: Syada & Shila Amzah Dah Berdamai, Tiada Lagi Konflik Adik Beradik
Syada yang merupakan bekas peserta Big Stage itu menerusi Instagram miliknya memuat naik satu video bersempena hari lahir kakak sulungnya itu.
View this post on Instagram
Dalam hantaran itu, Syada menulis kapsyen ‘Happy Birthday kakak’ beserta video kompilasi memaparkan keakraban mereka berdua.
“Sisters are forever”
Hantaran itu mendapat respon yang positif daripada netizen malah ramai yang mendoakan agar mereka sentiasa berada dalam kebahagiaan.
Tidak kurang juga yang berharap agar mereka berbaik seperti dahulu kala dan tiada perselisihan faham lagi.
Cute je tengok dorang happy macam ni kan?
Sumber: Instagram