in

Aina Abdul Perlejas Maksud Tersirat Dalam Setiap Perincian Busana AJL 35 Dipakainya Semalam

Aina6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat julung-julung kalinya Aina Abdul telah dinobatkan sebagai naib juara dalam Anugerah Juara Lagu 35 malam tadi menerusi lagu ciptaan sepenuhnya oleh dirinya sendiri berjudul Semalam.


Disamping vokal dan alunan lagunya yang menambat hati penonton, jalan cerita persembahan juga mungkin menjadi faktor utama Aina merangkul kemenangan ini.

Rupa-rupanya busana rekaan Wan & Mary ini dibikin dengan maksudnya tersendiri dimana ia menyampaikan mesej dan interpretasi lirik daripada lagu tersebut. Menerusi Instagram Aina Abdul dan Wan & Mary, mereka ada menjelaskan setiap perincian mesej yang mereka ingin sampaikan.

 

Topi  

Aina

Kata mereka, busana ini diambil daripada rekaan pakaian tradisional Vietnam Ao Ďai atau “long tunic” (satu simbolik sifat seorang wanita yang feminin dan ayu.).

Topi yang direka menjadi seperti sebuah tempat tidur seorang bayi atau kanak-kanak kecil adalah hasil interpretasi lirik “tinggal ku sendiri, ditemani jasad ini”.

Bait kata “jasad ini” itu adalah metafora kepada figura seorang bayi atau kanak kanak kecil yang ada bersama-sama wanita ini sewaktu berlakunya kisah “SEMALAM”.

 

Jaket 

Aina2

Katanya lagi, jaket bersiluet besar dengan perincian susunan kain pleated yang kelihatan sarat adalah menggambarkan kisah penderitaan yang dialami oleh wanita itu sangat berat dan banyak sekali.

Perincian pleated pada jacket tersebut dipilih hasil inspirasi daripada daun palas kipas atau “palm tree”. Ini adalah interpretasi seni reka fesyen terhadap lirik “diri ini bagai daun gugur”.

Warna hitam dipilih untuk melambangkan daun tersebut sudah tua dan kering dan sudah layu. Ia juga simbolik kepada perkataan “SEMALAM” yang selalu dikaitkan dengan warna hitam dan gelap.

Menurutnya lagi, busana ini diperbuat daripada material lembut dan polos yang menggambarkan hati seorang wanita yang mudah rapuh dan cepat tersentuh.

Perincian kain pleat yang membentuk satu imej bulat dibawah helaian jaket bermaksud seperti wanita ini sedang berdiri di atas daun yang terapung.”

 

Warna merah di bahagian belakang 

Kalau kita perasan, diakhir pesembahan Aina, dia ada pusing ke belakang menunjukkan dengan mengibarkan jaket dan ternampak warna merah, rupa-rupanya ia juga membawa maksud.

Tidak ketinggalan, perincian kain pleated berwarna merah di belakang jaket melambangkan kesan luka “SEMALAM”.

Tapi sayang bahagian itu tidak ditayangkan dalam video ini, tapi boleh rujuk gambar di atas.

Malah, payung terjun telah  dipilih sebagai elemen terbesar dalam reka bentuk busana Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 35 bagi melambangkan imej daun gugur yang ditiup angin.

 

Imej grafik ketika persembahan

Aina4

Dalam pada itu, ketika persembahan imej grafik yang dipancarkan di atas kain adalah lambangan kepada bait “calar ungu” yang terdapat di dalam lirik “Engkau pergi jua, tinggal ku sendiri dengan seribu calar ungu”.

Gerakan penari yang menolak-nolak kain parachute dari dalam melambangkan kesan lebam sebagai interpretasi maksud “calar ungu.

Dalam pesembahan Aina, ia adalah kisah wanita bersama penari yang berada di dalam parachute yang menggambarkan kepada situasi dimana wanita ini mewakili insan-insan lain yang turut merasai penderitaan yang sama.

 

Baca : “Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam” – Aina Abdul Buka Mulut

Aina5

Sumber: Instagram
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.