in

Ahli Parlimen Didakwa Tambah Isteri Semasa PKP, Guna Khidmat Imam Thailand Secara Online?

Timbalan Menteri Kahwin Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di media sosial sebuah video yang mendakwa seorang ahli parlimen selamat bernikah ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)


Menurut Kosmo Online, majlis akad nikah tersebut telah diadakan secara dalam talian (online) dengan seorang imam dari Narathiwat, Thailand.

Menteri Kahwin

Majlis tersebut juga diadakan di sebuah masjid di sebuah negeri di pantai timur pada Khamis lalu yang dihadiri oleh dua orang saksi.

Kata sumber lagi, ahli parlimen yang juga berjawatan di dalam kerajaan itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM11,111 kepada ‘isteri mudanya’ yang didakwa berasal dari Selangor.

Dia berkahwin menggunakan wali hakim dari Thailand dan pendaftaran kahwin pun di sana,” kata sumber.

 

Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat nafi terlibat ‘nikah online’

Walau bagaimanapun, susulan berita tersebut viral, Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat di Thailand semalam telah menafikan pihak mereka terlibat menjalankan majlis akad nikah secara dalam talian yang melibatkan ahli politik negara bergelar ‘Datuk’ dengan isteri ketiganya.

Menurut Sinar Harian, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat berkata, pihak majlis agama Islam itu tak pernah meluluskan akad nikah secara online untuk digunakan para imam di wilayah itu setakat ini.

E5Xzjzlviaafwua

Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat telah menerima laporan tidak rasmi seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari Kelantan berkahwin dengan pasangannya seorang rakyat Malaysia.

“Kami diberitahu bahawa pasangan itu telah menggunakan khidmat imam dari Masjid Sungai Golok dan perbualan antara pengantin perempuan dan imam diadakan melalui video.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak majlis tidak pernah membenarkan akad nikah dalam talian walaupun kita sekarang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan dan larangan merentasi sempadan. 

“Kami juga tidak pernah mengeluarkan surat nikah kepada pasangan itu,” katanya kepada NST.

Abdul Aziz juga berkata, majlis akad nikah berkenaan akan disiasat dengan teliti termasuk memanggil imam yang terlibat untuk disoal siasat.

Dalam pada itu, imam berusia 50-an yang terlibat dalam pernikahan tersebut telah bertugas di masjid di wilayah Sungai Golok selama lebih 2 tahun.

Thailand Narathiwat
Majlis agama islam wilayah narathiwat

Perkahwinan ahli politik Kelantan yang juga timbalan menteri dengan pengantin perempuan tersebut didakwa telah diadakan pada 1 Jun lepas sebelum ia menjadi viral di media sosial.

Ahli politik berkenaan yang dihubungi NST bila diminta mengulas mengenai hal tersebut hanya berkata, “Doakan saja saya.”

Baca: “Lain kali jangan post” – Wanita Ini Kantoi Kahwin Lain Lepas Suami Terjumpa Video ‘Wedding’ Di Socmed

Kahiwn

Sumber: Facebook
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.