in

Ahli Bina Badan Rakam Video Panggang dan Makan Placenta Anak Untuk Bina Otot

Palcenta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

AMARAN: Kandungan artikel ini tidak sesuai untuk ibu mengandung dan mungkin menggelikan buat anda.


 

 

Seorang ahli bina badan Australia, Aaron Curtis mencetus kontroversi selepas memuatnaik sebuah video di laman Facebook beliau yang mempunyai hampir 380ribu pengikut dan Instagram seramai 57.6ribu pengikut.

Mengapa beliau dikatakan mencetus kontroversi adalah kerana baru-baru ini Aaron telah memuatnaik video beliau memakan placenta anaknya atas tujuan membina otot. Tak boleh pelik lagi ke dorang ni?

Ann Coulter Alma Mater Ewwwwwwwwwww

Video itu bertajuk “Consuming Your Daughter’s Placenta for Extra Natty Gains”. “Natty” adalah kata singkatan untuk natural, kerana Aaron dikatakan tidak menggunakan steroid untuk membina badan. Jadi, Aaron ‘saja-saja’ nak cuba lah cara begini. Dengan makan placenta anak sendiri? Ewww

Aaron1
Sumber: instagram

Dengan kelahiran anak pertama saya, saya fikir saya ingin makan organ yang telah menjaga nyawanya sepanjang kehamilan, dengan tujuan untuk membina otot.”

Selepas menyimpan placenta ini lebih seminggu di dalam peti ais, saya berfikir mungkin lebih baik saya masak dan cuci lendiran sebelum dimakan, untuk mengurangkan risiko kematian.”

P1
Sumber: youtube

Selepas beliau mencuci placenta itu, Aaron buat keputusan untuk panggang menggunakan sebuah mesin memanggang BBQ. Placenta itu dipanggang seolah-olah ianya daging lembu dibuat steak, bezanya cuma placenta ini tidak diperap dan tiada seasoning

Saya cuba panggang sedikit dahulu, untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit.”

P2
Sumber: youtube
P3
Sumber: youtube

Selepas ‘steak‘ itu ‘well done‘, Aaron mencuba sesuap dan terus membuat review tentang placenta anak perempuannya itu ala ala Jamie Oliver kononnya. Selepas menghabiskan hidangannya itu, Aaron berkata,

Rasanya seperti hati, mungkin. Ia juga tidak terlalu kering di bahagian tengah.”

P4
Sumber: youtube

Selepas Aaron menghabiskannya, rakan beliau menanyakan jika lelaki itu mahu menggoreng selebihnya. Macam tu je dia offer membe makan placenta anak? Ingat makan ribeye steak ke apa..

Namun selepas itu, boleh didengari suara pasangan Aaron dari belakang kamera memintanya untuk tidak menggoreng lagi dan video itu terus dimatikan.

Daily Mail pula turut memaparkan coretan tentang kebaikan memakan placenta manusia:

Sumber: Daily Mail
Sumber: daily mail

Tiada bukti sahih dari medikal yang memberitahu bahawa mengambil atau memakan placenta boleh memberikan manfaat.

Tonton video di bawah:

*Jangan cuba aksi ini di rumah kerana ia mungkin memberi kemudaratan pada kesihatan dan diri anda.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.