in

“Aduh seram oii.. nasib baik sempat lompat” – [VIDEO] Lelaki Tak Berseluar Masuk Kedai Telefon, Cuba Ganggu Jurujual Wanita

Tak Seluar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular satu rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang tidak memakai seluar telah memasuki sebuah kedai telefon bimbit dekat Pantai Timor Shopping Center, Kota Bharu.


Apa yang lebih menakutkan, lelaki terbabit mengganggu tiga orang pekerja wanita di kedai telefon bimbit tersebut dengan melakukan aksi tidak senonoh.

Lompat 2

Pada mulanya nampak seperti wanita-wanita tersebut tidak mengendahkannya, tapi bila lelaki itu bertindak ganas dengan cuba menceroboh premis perniagaan tersebut, kakak-kakak yang kerja di situ terpaksalah buat tindakan drastik.

Rakaman CCTV seorang lelaki tidak memakai seluar memasuki sebuah kedai telefon bimbit dan mengganggu pekerja wanita di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran Pantai Timor Shopping Center (Pintu Pong), Kota Bharu pada petang tadi.

Rakaman CCTV seorang lelaki tidak memakai seluar memasuki sebuah kedai telefon bimbit dan mengganggu pekerja wanita di dalam premis tersebut. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran Pantai Timor Shopping Center (Pintu Pong), Kota Bharu Kelantan pada petang tadi. Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian.#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, March 10, 2021

 

Menerusi perkongsian video di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, pekerja wanita itu dengan pantas memanjat meja premis perniagaan mereka untuk keluar daripada kawasan tersebut. Fuh terus melompat akak baju kuning tu ye! 

Lompat

Sebaik menceroboh premis, lelaki terbabit juga dilihat memanjat meja kaunter untuk melompat keluar daripada tempat tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada info lanjut mengenai kejadian yang dikatakan berlaku pada petang semalam ini.

 

“Maso ni gak tibo-tibo akan pandai panjat meja kaunter” – Netizen 

Rata-rata netizen yang melihat video ini memang terkejut habis dengan aksi pantas kakak-kakak jurujual yang terus melompat keluar daripada premis tersebut. Yelah kalau dah darurat memang kena fikir di luar kotak lah kan… 

Apa-apapun ramai yang berpendapat premis seperti itu harus mempertingkatkan kawalan keselamatan supaya perkara seperti ini tak berulang lagi.

Lompatan Maut

Mujur pekerja wanita tu sempat melarikan diri. 

Baca: [Video] Pekerja Stesen Minyak Ditibai Dengan Helmet Gara-gara Tertumpahkan Minyak Petrol Ke Badan Motosikal

Mas

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.