in

Adibah Noor Minta Maaf Kurang ‘Perform’ Konsert Semalam, Asap Antara Punca Tak Fokus

Fi Adibah Noor 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, telah berlangsungnya konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-8 yang menyaksikan kumpulan Nico G telah menjadi peserta pertama yang tersingkir.


Manakala, Nikki Palikat berjaya mengungguli tangga pertama minggu ketiga ini dengan jumlah peratusan markah sebanyak 84.8% diikuti dengan Aliff Aziz yang jatuh sedikit ke tangga kedua dengan peratusan markah sebanyak 83.9%.

Di tangga ketiga pula, Adibah Noor dengan peratusan markah sebanyak 81.3%. Menampilkan Faizal Hussein sebagai artis jemputan, beliau telah membawa lagu daripada penyanyi terkenal Adele iaitu All I Ask. Dengan gaya Broadway, beliau telah berjaya membuat ramai peminat terpukau dengan nyanyiannya.

Namun begitu, Adibah Noor merasakan nyanyiannya semalam agak ‘teruk’ dan tak all out. Beliau turut memuat naik video di laman TikTok serta Twitter peribadi miliknya, meminta maaf kepada para peminatnya atas persembahannya yang dikatakan kurang memuaskan itu.

@adibahnoormohdomar

sorry gais #GegarVaganza8

♬ original sound – adibah noor mohd oma – adibah noor mohd oma

“Dia ada benda-benda di belakang pentas, asap-asap yang melekat di tekak…cuma terganggu sebab ter’concentrate’ yang apa melekat dekat sini ni (tekak)”- jelas Adibah Noor dalam video tersebut.

Beliau juga memberitahu bahawa beliau telah mencuba sedaya upaya agar tidak ‘terkucil’ sepanjang persembahan serta meminta maaf sekali lagi sekiranya persembahannya semalam telah menghampakan para peminatnya.

Namun, dalam masa yang sama beliau ada juga menyatakan akan mencuba lebih baik lagi pada minggu hadapan serta mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas doa dan support. 

Baca: Tok Ram Puji Yassin Salah Masuk Intro Tapi Pandai Sembunyi Lintang-Pukang

Fi Saya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.